♥Mengenal erti♥


Kawan
Kau mungkin bersamaku
Saat aku kegirangan
Kau bakal hilang
Bila tiba kegundahanku
Aku usaikan itu
Kau hanya kawan

Sahabat
Kau sering disisi tika
Aku suka dan duka
Kau ringankan gelisah di hati
Kerna kau ialah sahabat

Teman
Kau meneliti setiap langkahku
Kau hulur bicara semangat
Agar aku tidak runtuh
Dek keduniaan
Sesungguhnya kaulah teman

Kekasih
Kau menyelami sanubariku
Kau lahirkan cinta yang
Bisa menerawang
Ke Istana Kristal
Hingga buta mata hati
Aku terhanyut bersamamu
Itulah namanya kekasih

Biarpun kau sesiapa sahaja
Aku tetap menyayangimu
Meskipun kau kawan,
Walaupun sahabat
Atau teman dan kekasih
Aku ikhlas berdamping denganmu
Moga illahi merestui ikatan kita..

2 ulasan:

khaulah berkata...

wah wah... puisi menarik ngan bait2 yg indah~

Afiqah Roslan berkata...

indah laa sgt ;P