
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)
Istidraj. Inilah satu perkataan yang first time aku dengar, apakah ini. Tapi, selepas aku berada di KMM pada Sem pertama, aku telah memahami "apakah itu istidraj?"
Istidraj merupakan satu nikmat yang Allah SWT pada seseorang, tetapi tidak meredhai-NYA.
Kadang-kala, kita akan terjumpa dengan beberapa makhluk Tuhan yang mempunyai harta, berpangkat, disanjung tinggi dan mempunyai pelbagai nikmat yang tidak dipunyai oleh kita tetapi, mereka tidak pula menyembah Allah SWT, malah banyak buat pelbagai maksiat dan kerja yang bertentangan dengan syariah Islam. Tapi, kita yang solat lima waktu, tahajud di tengah malam, Qiamulail, Mengaji setiap hari, mengapa tidak dikurniakan nikmat sebanyak itu?
Pasti apa yang aku nyatakan ni, pernah terdetik dalam hati korangkan? Even, aku sendiri pun pernah terdetik di hati memikirkan hal itu.
Kalau korang nak tau, itulah yang dinamakan istidraj. Allah SWT sedang menguji seseorang dengan pelbagai nikmat yang indah dan menghairahkan hamba-NYA. Jika korang perasan, nikmat yang dikurniakan oleh mereka itu sebanarnya telah membinasakan diri mereka. Bayangkan duit dan harta yang mereka ada, mereka tidak membelanjakan ke jalan Allah SWT tapi dibelanjakan untuk ke kelab, judi, rokok, shopping. Bukan itu, makin membinasakan mereka ?
Ada ketika, kita sebagai seorang pelajar, belajar bagai nak rak bermati-matian. Lepas dah belajar bersujud dan minta ketenangan pada Allah SWT agar memperkuatkan ingatan dan dilapangkan dada. Namun, mengapa ade kawan kite yang tidak bemati-matian dan tidak memohon pertolongan Allah SWT mampu memperolehi 4.0? Ketahuilah kawan-kawan ini adalah istidraj.
Oleh itu, jika kita bertemu dengan situasi seperti ini, jangan menafikan atau merungut. Allah SWT sentiasa melakukan sesuatu perkara demi kebaikan umatnya. Redha dengan kegagalan yang kita hadapi dan syukur dengan kejayaan yang kita perolehi. Moga-moga kita tidak menghadapi istidraj. Biarlah nikmat yang kita rasai ini, diberkati Allah SWT.
Maafkan aku kalau ada kekurangan hujah tentang istidraj. Tapi, inilah yang aku faham tentang istidraj. Terima kasih pada ustazah Zakiah & Shikin yang memahamkan diri ini erti istidraj. Uhibbuki fillah...
1 ulasan:
good...
Catat Ulasan