Bawang kecik Bawang Besar

Assalammualaikum wbt..

Apa fungsi aku letak tajuk dan gambar Bawang kecik dan bawang besar? HAHA! Aku saja je !
Tadi, aku bantu ibuku memasak. Every masakan mesti perlukan bawang. Ibuku memotong bawang. Aku memerhati. Ada dua bawang di tangan ibuku. satu kecik, satu besar. Seperti gambar di atas. Aku terkejut la gak, 1st time tengok bawang besar gedabak gitu. macam sengkuang pun ada. Ibuku kata, bawang ni istimewa dan sangat subur. Bawang kecik, dah biasa tengok, biasa dijumpai dan sering diperlukan.

Di sini, aku ingin membandingkan orang yang langsing dengan orang yang 'tong drum'. Selalunya, orang yang langsing akan gah dengan kecantikan paras rupanya. Namun kadang-kadang ada gak mengeluh dengan kecantikannya "Alamak, bulu kening dah tebal, Ohh bulu mata tak lentik, gigi jarang & bla bla bla...". Orang yang 'tong drum' plak, selalu rendah diri. "Aku gemok, aku gendot, aku boyot, & bla bla...."

Betapa kita tak sedar kita dah mengutuk kurniaan Tuhan. Ingatlah. Allah SWT ada sebab mencipta paras kita serupa itu. Ada kelebihan dalam kekurangan. Dan tiada kesempurnaan dalam semua diri manusia. Allah SWT sahaja Maha SEMPURNA.

So, kawan-kawan, bila berada di depan cermin lihat wajah paras kita dalam hati "MasyaAllah jelita/kacak nya aku !" Pasti anda akan tersenyumkan? Allah SWT pun suka. Betul tak? InsyaAllah ini juga pesanan untuk diriku sendiri.

Hargailah nikmat yang Allah SWT beri...
Firman Allah dalam surah al-Mulk 67: 15 yang bermaksud: “Dan Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan. Maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya dan makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya)”.

Wassalam.

2 ulasan:

Kacang Pool berkata...

urm, betul-betul...tahniah sebab berjaya kaitkan bawang dengan reliti kehidupan manusia yang tak pernah bersyukur...tak pernah terbayang dek akal pun sebelum nie...sama-sama muhasabah diri...

Afiqah Roslan berkata...

InsyaAllah :)