Tamat pengajianku di KMM...

Bismillahirrohmannirrohim..
Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah. Tamat sudah pengajian aku di KOLEJ MATRIKULASI MELAKA...
(10 Mei 2010- 20 April 2011)

Satu pengalaman dan memori yang indah dan juga pahit. Dari matrik ini juga aku kenal pelbagai ragam manusia dan cara kehidupan. Aku yang dulu sangat payah untuk bersikap bersabar, di sini aku belajar untuk bersabar. Aku juga mengenal apa padahnya kalau kita bersikap pemarah, stress dan kera sumbang. Betapa pentingnya mengawal marah, stress dan cuba untuk berinteraksi dengan orang ramai. Sedih juga ingin meninggalkan KMM... Tapi, lega sangat hilang berat di kepala disebabkan bebanan belajar. Salam kenangan buat teman-teman KMM yang mengenali diriku. Aku minta maaf kalau ada terlanjur perkataan dan ada kekurangan dan keterlebihan dalam berbicara. Aku manusia biasa ada buat kesalahan. Walaubagaimanapun, aku tetap belajar untuk menjadi yang terbaik... InsyaAllah. Selamat berjuang hidup di luar sana...!!! Sedikit bingkisan memori aku di KMM...




















PRAKTIKUMKU A1P3

Antara aktiviti kami:
  • Berbuka puasa di bulan Ramadhan
  • Beraya di rumah En Amry
  • Mengaji bersama-sama before UPS2
  • Excellent Race
  • Exploremaths (won 3rd place!)
  • Jamuan perpisahan A1P3


Senarai Ahli:
En Amry (mentor)
Zairul (ketua)
Ikin (penolong)
Faezah
Alyn
Farah
Kecik
Ain
Yana
Intan
Jia Ern
Ah Peng
Lay hong
Anis
Azie
Kinah
Imah
Amy
Ili
Shahrin
Nazmi
Aku

















ARAS 2 B1 WING B:

Antara aktiviti kami :

  • Jamuan B1 Seuntai Kasih
  • Sukaneka B1
  • Makan BBQ
  • Solat hajat seblok
  • Bacaan Al-Mulk
  • CIF bilik soleh solehah (B129 won 1st place!)



Senarai Ahli :
B128 - Emy, Yati, Wan ting, Syud
B129 - Kak Nasha, Raudhah, Kar Yee, Aku
B1210- Alyn, Farahlisa
B1211- Anis, Leya, Shah, Julie
B1212- Fiqa, Kak Azie, Effa
B1213- Kak Arina, Fahid, Rafiqa, Woon
B1214- Kak Hai, Mimi, Najwa, Sek Woon

Kadang-kala ada sengketa, tapi sengketa tersebut akan terlerai jika kita bersikap maaf. InsyaAllah, semua yang pahit, duka dan lara akan kembali manis seperti madu pengubat segala penyakit itu... Usah putuskan ukhuwah, itulah perkara yang paling buruk jika kita lakukannya...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim” (Riwayat al-bukhari)

Ingat maaf bukan diungkap time "RAYE jee ye." Percayalah meminta maaf dan memaafi akan membuat diri kita sangat bahagia. InsyaAllah, ingatan ini untuk diriku agar bersikap pemaaf....

Wassalam...

3 ulasan:

symimishkri berkata...

sweet :) yup,perpisahan mmg menyedihkan tapi InsyaAllah ada jodoh boleh bertemu lagi :) Jangan lupe untuk keep in touch dgn mereka :)

Afiqah Roslan berkata...

InsyaAllah

Kacang Pool berkata...

Tahniah Afiqah coz dapat tamatkan pengajian kat KMM...pray 4 the best tuk result nanti...