C.I.N.T.A is L.O.V.E







"Sesiapa yang jatuh cinta,
kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,
maka dia adalah seorang syahid"
( Riwayat Hakim, Ibn Asakir dan al-Dailami )



Assalammualaikum warohmatullahiwabarokatuh...
Kali ini, aku ingin berbicara tentang cinta. Ya, CINTA ! Sebab ramai yang suka berbicara tentang CINTA Khasnya, kaum Hawa. Bila kata CINTA, pasti ada unsur jiwang romantis, dan komedi romantis. Tapi, ada tak bila sebut CINTA wujud genre islamik romantis ? Renung-renungkan.. Pelbagai takrifan diberi tentang cinta.

Ada yang kata, CINTA tuu...

"CINTA itu indah"
"CINTA itu ibarat kentut"( '=.=! selekeh sungguh perumpamaan ini! )
"CINTA hadir dari mata, kemudian turun ke hati.."
"CINTA itu boleh diibaratkan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimakan jua. CINTA jangan dibuat macam goreng pisang, sungguh enak makan bila panas-panas. Bila ia sejuk jadi kurang enak. Ohh ohh ! hilang sedapnyaaa..."
(lirik dari movie LADY BOSS)

"CINTA itu, saranghae"
"CINTA itu, Aisheteru"
"CINTA itu, LOVE"
"LOVE means gitchee gitchee goo!" (petikan lagu Phineas and Ferb)
"LOVE is everything.."

Tapi ada yang kata,
"Ada apa dengan CINTA?" (petikan movie Ada Apa dengan Cinta)
"LOVE is nothing!"

Hmm, macam-macam definisi diberi tentang CINTA. Tipulah, dalam kalangan kita tidak wujud emosi cinta. CINTA tu kan, anugerah ALLAH SWT ?

"Pepohon cintaku kian merimbun, semakin dicantas makin betunas, tidak mampu mendustai hatiku, rasa cinta fitrah manusia..." (lirik Kalimah cinta dendangan In-Team)

MasyaAllah, betapa besarnya nikmat Tuhan memberi kita perasaan CINTA...

"Kerana CINTA kenal Pencipta,
Dengan CINTA kenal rasulnya,
Dengan CINTA kenal saudara
Bahagia keluarga..."

Aku ingin memberi fokus yang lebih pada CINTA selepas Allah SWT dan Rasul. Iaitu CINTA pada sesama makhluk Allah SWT bernama LELAKI atau WANITA yang bukan muhrim.

"Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhnya. Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai."
(Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

Apa yang hadis ni katakan sangat ketara memberi pesan pada mereka yang sedang diawangan CINTA pada sang kekasih hati mereka.

Mereka cinta bagai nak rak.
"I cintakan you. Kalau You remove I, I mati.."
Tu ada keluar dalam berita, seorang jejaka mati terjun bangunan selepas clash dengan aweknya.

"Malam ni je. Ini membuktikan you cintakan I"
Tu ada keluar dalam berita, seorang bayi ditemui dalam tong sampah"

Maka, inikah CINTA? CINTA yang akhirnya membinasakan diri, keluarga, negara dan agama?

Allah SWT telah mewujudkan CINTA agar kita dapat semikannya dengan keredhaan-NYA.

Wahai kaum Adam,
Jika anda telah jatuh cinta,
Cintailah wanita itu kerana-NYA
Jika anda telah jatuh cinta,
Cintailah dia kerana imannya,
Jika anda telah jatuh cinta,
Bulatkanlah tekad,
Untuk menyuntingnya sebagai ISTERI,
Sesungguhnya,
Itulah CINTA yang paling suci murni.

Wahai kaum HAWA,
Jika anda telah jatuh cinta,
Cintailah jejaka itu kerana-NYA
Jika anda telah jatuh cinta,
Cintailah dia kerana imannya,
Jika anda telah jatuh cinta,
Jagalah kesucianmu
Jika anda telah jatuh cinta,
redhakanlah hatimu,
Andainya dia bukan milikmu,
Sesungguhnya,
Itulah CINTA yang paling indah tiada noda.

Puisi ini hasil nukilanku sendiri. InsyaAllah untuk semua sahabat dan diri sendiri. Kerana, aku juga ada perasaan "CINTA."

Maka, tidak salah jika ada perasaan cinta. Tapi, biarlah berlandaskan syariat. Tidak perlu "couple" jika ia sia-siakan masa anda untuk mengisi kekosongan hati.

Hati yang kosong perlu mengingati-NYA, bukan mengadu domba pada kekasih hati bernama lelaki atau wanita...

Malah, masih belum wujud cinta yang sempurna jika Rasul kita tidak diutamakan..

Sabda Baginda Rasulullah SAW:
"Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya dan seluruh manusia."
(Riwayat al Nasa'i)

Konklusinya, jangan remove CINTA dari hati anda. Kerana CINTA adalah fitrah manusia yang dikurnia oleh Allah SWT. Namun, pastikan CINTA itu, berada di landasan yang betul. Bukan di landasan yang membawa kecelakaan. So, I LOVE YOU !

Wassalam!

4 ulasan:

symimishkri berkata...

Nice post,fiqa! haha love you too! :)

Afiqah Roslan berkata...

tank u :)! hoho thanks !

nazri berkata...

salam...

wah, da bercinta ke ni? hehe

nway, all da best fiqa... da maju da blog ni :-)


Nazri
jemput ke blog baru sy

Afiqah Roslan berkata...

Bercinta ye cikgu? belum lagi..
InsyaAllah :) Cikgu pun, saye tunggu nasi minyak nii :))

Ohh ok cikgu, sempat saya lawat ye...