Dr. Farhan Hadi & Fatimah Syarha


Assalammualaikum wbt :)
Wah da 10 hari kita berpuasakan ? Penuhkah? Bagaimana ya puasa kita? Bagaimana DIA menilainya ? Tepuk dada tanyalah iman. goes to admin too! "Baiklaa...!"

Ok, gambar di atas adalah novelis yg menjadi favorite aku sekarang ni. Dr Farhan Hadi dan juga isterinya, Fatimah Syarha. Bagaimana ye, aku kenal mereka?


Tajuk : Denyut Kasih Medik
Novelis : Dr Farhan Hadi
Publisher : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga : RM23
Halaman : 400 m/s

Ok, dari novel nilaa, aku mula meminati Dr Farhan Hadi, and at the same time kenal isterinya, Fatimah Syarha. Sahabat matrikku, Adzkia yang menguar-uarkan novel ni di matrik. Aku yang kaki novel, sudah tentu ingin membelinya. MasyaAllah ! novel ini penuh dengan input di mana sains dan Islam sama-sama dikaitkan. Malah, watak yang Dr Farhan Hadi wujudkan iaitu Dr Muslih, menjadi panduan kepada para doktor beragama Muslim agar melaksanakan tugas berlandaskan syariat. Malah, ketika Dr Muslih mencari jodoh, langsung dia tidak memandang pada saiz mahupun umur bakal isterinya tetapi agamanya. Dari novel ini lah, aku bermula untuk meneruskan minat agar membeli novel yang berunsurkan Islamik. Malah, ada juga du'a yang boleh kita guna pakai dalam kehidupan seharian. So, kawan2, tiada kerugian kalau korang beli novel ni. InsyaAllah berbaloi-baloi! Bintang ?

5 out of 5

Tajuk : Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
Novelis : Fatimah Syarha
Publisher : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga : RM12
Halaman : 104 m/s

Novel ini pula, hasil nukilan Fatimah Syarha. Ok, novel ni ada sedikit linkers dengan novel Denyut Kasih Medik.Tapi ini, suara hati isteri Dr Muslih iaitu Qani'ah. Sangat sesuai bagi remaja yang sedang mencari CINTA, bakal-bakal pengantin baru, pengantin baru, para suami, para isteri dan juga para ibu bapa. Banyak tips yang berguna untuk mereka yang baru disebut tadi. Dan, Soo Sweet ! Inilah monolog bagi bab yang paling aku tertarik,,,

"Aku gembira dan amat bersyukur kerana banyak unsur didikan yang cuba diterapkan suami dalam rumah tangga kami sejak ia mula terbina. Sejak awal perkahwinan, dia sering mencari ruang dan waktu mengajakku berhalakah( majlis ilmu) bersama. Setiap kali seminggu paling kurang, kami duduk untuk saling memberi dan mendengar tazkirah".

Berangankah, kalau inginkan suami yang duduk bersama kita dan mengajak kita berusrah bersama-sama. Bagi aku itulah teman hidup yang kita perlukan bukan sahaja demi keduniaan tetapi juga demi keakhiratan. InsyaAllah, sama-samalah kita berdoa...

So, kawan-kawan jangan takut-takut nak beli novel ni atau membaca novel ni. Tak salah nak buat persediaan. InsyaAllah, masih berbaloi.... Bintang?

5 out of 5!

Tajuk : Palestin Kami Datang
Novelis : Dr Farhan Hadi & Fatimah Syarha
Publisher : Telaga Biru Sdn. Bhd
Harga : RM 17
Halaman : 131 m/s

Inilah karya yang baru aku khatamkan semalam :) Hasil nukilan hebat suami isteri ni. Apabila aku baca novel ni, teringat dengan novel Bukit Kepong iaitu novel tingkatan 5. Novel ini, bukan rekaan tapi adalah fakta. Sebab tu aku kata macam novel Bukit Kepong.

Novel ini mengisahkan relawan-relawan Malaysia dan juga beberapa relawan lain yang berani menuju ke Gaza untuk menghantar keperluan seperti makanan, pakaian, alat binaan, peralatan sekolah serta permainan buat penduduk Palestin. Sepanjang perjalanan para relawan dalam kapal Mavi Marmara sangat banyak dugaan yang dilaluinya. Hanya Allah SWT sahaja tahu penderitaan ketika itu. Tentara Zionis sangat tiada sikap keperimanusiaan. Aku yang membacanya pun seolah-olah berada dalam situasi yang tertekan itu. Yalah, disepak, diterajang, tangan diikat, ditembak sesuka hati. Sedangkan para relawan tiada langsung membawa senjata dan tiada niat untuk berperang. Niat mereka hanya SATU iaitu membantu saudara seagama mereka. Sangat tragis kisahnya. Aku sangat kagum dengan relawan-relawan tersebut. Jom kawan-kawan, kita boikot barang Israel selagi mampu :) Pupuk dikit-dikit lama-lama jadi bukit. InsyaAllah. Aku pun tengah mendidik diri ni... :) Kalau kawan nak beli novel ni... SANGATlahh aku alu-alukan! Dipersilakanlah ! Bintang ?

5 out of 5

Tiada ulasan: