Sources: google images search tools (muslimah talk cartoon)
Status pilihan di FBku, 30/5/2014 dan di edit tanpa shortform. Agar penyampaiannya nampak lebih matang. Bismillah.
Semalam selepas solat jamaah maghrib, ayah dan ibu seperti mengajak untuk berhalaqah. Rupanya, mereka ingin menguji bacaan al-fatihah ku. Adik-adik perempuanku yang lain telah diuji. Al-maklumlah baru semalam sampai rumah. Lama benau tak balik rumah. Ok, hilang dah penyakit sakit rumah (homesick)
Pandang wajah mereka berdua, satu ketenangan. Mereka sangat gembira berkongsi dengan anak-anak perempuannya setelah menghadiri majlis ilmu tentang solat.
Kata ibu, silap ibu lewat beritahu ilmu solat kepada kami semua. Ibu tak tahu. Ni baru tahu.
Kata ayah, ayah dah beritahu dan didik anak-anak ayah tentang agama. Belakang ibu ayah jangan buat maksiat. Kalau dah ada seseorang beritahu ayah. Ayah dengan ibu tak nak tanggung dosa anak-anak ayah.
Kami seperti berusrah. Kemudian, giliran aku untuk menghilangkan kebimbangan ibu ayah.
"Ayah ibu, angah.. Tanggungjawab ibu ayah dah terlaksana sebab ayah ibu telah menyampaikan kebaikan. Jika kami adik beradik buat juga maksiat di belakang ibu dan ayah, kami yang berdosa. Angah kena tahu dan ini juga pesan untuk diri along sendiri."
Apabila islam telah tertanam di dalam hati mereka, aku lega. Keluargaku, menyempurnakan hidupku. Syukurku, hanya Allah yg tahu.
Jika diri ada peluang untuk berubah berubahlah. Jika keluarga kita mampu diubah, ubahlah.
Menjalani titian kehidupan menuju Tuhan, Allah akan selitkan kemanisan. Allahu Akhbar! Maka, nikmat mana lagi yang kau dustakan?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan