sources: google image search engines
Seusai membaca zikir al-mathurat di waktu pagi itu, Nurin Nurisha membuka lembaran al-Quran... Muka surat akhir dia membaca kalam Allah itu adalah muka surat 48. Kemudian dia mengalun perlahan membaca sambungan surah itu di muka surat 49. Muka akhir bagi surah al-Baqarah.. Setelah habis membacanya, dia menghayati terjemahan surah itu... Mutiara putih mengalir di pipinya tatkala matanya tertancap di ayat ke 286... Sungguh ayat itu meresap ruang yang sangat dalam ke hatinya.... Sangat cantik Allah menyampaikan nasihat di kala hatinya begitu rapuh dengan kesedihan.
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya...."
'Aduhai! Adikku Liyana Nurisha. Moga kamu bertabah. Akak yakin ujian ini sesuai untuk kamu...' bisik hati kecilnya....
Setelah itu, Nurin melipat rapi telekungnya dan sidai di hujung katilnya... Teman-teman sebiliknya semuanya telah ke kelas. Nurin tiada kelas pada pagi ini. Kelasnya mula jam 4.00 petang. Azamnya ingin ke Bandar Sunway melawat adik tunggalnya itu...
Nurin teringat akan Ronald. Dia mencapai handphonenya yang gah menyepi di meja study. Jemarinya bersungguh-sungguh menekan screen handphonenya...
"Salam saudara Razman. Minta maaf tentang semalam. InsyaAllah saya akan uruskan usrahnya.."
Beberapa minit kemudian Razman membalas...
"Asifah ukhti. Tentang berita adik awak. Moga Allah mengembalikan kesihatan adiknya. Kak Za telah memaklumkan semuanya semalam..."
Nurin membacanya dan biarkan mesej itu menyepi tanpa balasan. Dia bersiap-siap dan beredar menuju ke Bandar Sunway dengan scooter nya...
..................................................................................
Nurin memasuki ruang wad. Dari pintu itu, matanya sudah melihat sosok tubuh adiknya terlantar di atas katil. Kakinya itu digantung sedikit kerana sedang bersimen.
Nurin tersenyum kecil melihat adiknya. Ibunya pula sedang menyuap bubur ke mulut adiknya itu...
"Heyy dik! Kebal betul kau ni!" Nurin bergurau setelah duduk di atas bangku bersebelahan katil adiknya itu..
"Haah kebal kak!" Liyana Nurisha cuba untuk bergurau kemudian air matanya mengalir. Mulutnya yang berselera dengan bubur tersebut terus mengemam sahaja. Ibunya berhenti menyuap Liyana...
"Kak... saya tak mampu tengok cermin!"
Hati Nurin sebak. Ibunya juga turut menitiskan air mata.
'Ya Allah, sungguh. Jika adikku sakit, aku juga terasa sakit. Beri aku kekuatan untuk menguatkan adikku ini.. Bantu aku Ya Allah!" getus hatinya.
"Dik, kamu masih cantik dik. Di mata akak. Di mata Ibu. Di mata ayah. Sini, kamu masih cantik.. teramat cantik!" Nurin memujuk sambil tangan kanannya menepuk sedikit di bahagian atas dada Liyana Nurisha.
Mutiara jernih Liyana Nurisha terus mengalir.
"Akak, jangan tipu kak! Orang jijik lihat wajah saya ni...Hodoh!" Liyana bersuara perlahan tapi ada nada beremosi.
Nurin mengusap perlahan ubun-ubun adiknya itu. Hampir seluruh wajah adiknya dibalut. Bahagian atas kepalanya di tutup dengan tuala.
"Sabar dik.. InsyaAllah, Ibu ayah dah ikhtiar untuk kembalikan wajah adik ni... Akak tak suka kamu meratap ujian ini. Di mana hati adik akak yang kental ni?
'Laa yu kalifullahu nafsaan 'illa wus 'a haa. La haa maa ka sa bat wa 'alaihaa maak ta sa baat..', Nurin membisik ke telinga adiknya itu..
"Terima kasih Kak.. Yana lupa dengan pesanan Allah itu.. Hati Yana berkecai kak," Liyana berbicara sebak dalam tangisnya.
Nurin berlagak tenang. Kemudian tangannya merayau poket beg bimbitnya.
"Dik, ni digital tasbih. Amalkan zikir Fatimah, untuk membekalkan kekuatan hati adik. 'SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!' Percayalah, ujian adik ni satu nikmat untuk adik dekat dengan kekasih kita... Allah swt?"
Liyana kembali senyum. Nurin mengesat sisa air mata adik kesayangannya itu. Ibunya turut tersenyum.
'Alhamdulillah', monolog Nurin.
"Terima kasih kak. Yana sayang akak lillahi..." ucap Yana ikhlas. Tangannya mengenggam erat tangan mulus Nurin. Lantas Nurin mengucup ubun-ubun adiknya.
"Akak balik kolej dulu ye. Esok akak datang lagi jika ada kesempatan.. Ibu, Nurin balik dulu ya.." Nurin menyalami ibunya sebelum beredar dari wad tersebut..
"Hati-hati Nurin.." Ibunya menjerit kecil.
..........................( bersambung) -Next/previous

Tiada ulasan:
Catat Ulasan