Berdoalah...

Assalammualaikum wbt
Kadang-kadang kita rasa sukar untuk menghadapi dugaan. Dugaan yang dihadapi sangatlah berat. Bagaimana untuk kita mengatasinya? BERDOALAH. Allah SWT kan Maha Mendengar ?
Jangan sombong dengan Dia. Ingat tu. Allah sengaja menguji kita dengan musibah. Sama ada kita masih mahu berkomunikasi dengan-Nya atau menyalahkan-Nya. Maka, berdoalah ..

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu berfirman: ' Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Kuperkenankan bagimu'. Sesungguhnya orang yang menyombong diri daripada menyembah-Ku akan dimasukkan ke neraka Jahannam dalam keadaan hina". ( Surah Ghafir 40:60 )

InsyaAllah ini antara waktu Mustajab doa:

1. Ketika hujan.
2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat
3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan ;
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis Mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Azkar)
4. Waktu antara azan dan iqamat.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat (riwayat al-Tirmizi)
5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6. Ketika sujud dalam solat.
7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk)
8. Sepanjang malam , terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
9. Sepanjang hari Jumaat.
10.Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
11. Antara waktu zohor dan asar dan antara Asar dan Maghrib.

Sumber : Solusi isu 28, ms47, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.



InsyaAllah peringatan untuk diriku dan ukhti-ukhtiku yang lain.
Wassalam.

Tiada ulasan: