Buat Ibu & Ayah....


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).

Assalammualaikum wbt...
MasyaAllah. Betapa banyak kali Allah SWT mengingatkan para manusia agar berbuat baik kepada ibu dan bapa.

"Along makanlah. Nanti perut masuk angin".
"Ya, Ibu. Nanti along makan ye."

Itulah dialog setiap hari ibuku ulang untukku. Betapa dia risaukan pemakananku.. Waktu aku belajar di matrik dulu, time tu nak dekat study week laa gak. 1 minggu aku tak contact adik-adikku. Aku terlalu sibuk belajar. Selalunya, aku mesej dorang hampir setiap hari. Tiba-tiba adik mesej:

"Salam Along. Along sibuk ke? Ibu asyik tanya pasal Along je."

MasyaAllah, aku lupa aku dah biarkan ibuku merindui aku. Tengok kawan-kawan, baru seminggu aku tak mesej adik-adik, ibuku dah sibuk tanya pasal aku. Betapa risaunya dia kan? Betapa dia rindu kita? Aku baru belajar dekat Melaka, dekat dengan kampung. Dekat je nak pulang ke rumah. Bayangkan kalau kita tak beri khabar berita hampir bertahun-tahun? Nak- nak plak, study ke negara luar. Bagaimana agaknya kan?

"Ye Angah, malam ni Along free. Call lah. Along study. Tu terlupa nak mesej. Sorry laa ehh."
"Ok, Along. Malam ni ibu call. Study laa. Chaiyok2!"

Aku tersenyum. Aku selalu jugak gaduh-gaduh dengan adik-adik. Tapi bila dah berpisah. Ada jugak rasa rindu tu..

Ayah aku. dia sangat tegas. Ayah selalunya berlagak macho, tapi, dalam hati ada taman. Dia paling risau kewangan aku di matrik dulu. Sedangkan elaun yang ada sudah lebih mencukupi.

"Along ada duit tak? Nanti ayah bank-in."
"Tak pe, yah. Cukup elaun along. ade lagi RM200. Cukup untuk sebulan lagi."

Pernah time tu, aku terlalu busy study. Aku silentkan phone. Bayangkan 4 missed call aku terima. Dari ayahku. Kelam-kabut aku time tu. Aku terus call ayah aku balik. Waktu dia call around 3 petang, aku perasan time maghrib.

"Assalammualaikum Ayah. Tadi Along tak perasan yah."
"Tak pe long. Ayah call balik. Nanti habis duit along".

Tengok ayah aku. Dia tak suka menyusahkan aku. Betullah. Ayah pencari nafkah pada keluargaku. Dia sangat menjaga kebajikan keluarga aku.

Termasuklah time aku gagal ambil lesen kereta. dua kali aku gagal. Aku sangat sedih time tu. Macam mati anak gak la time tu. hehe! Tapi ayahku kata;

"Tak pe laa long. Gagal ambil lagi, sampai lulus."

MasyaAllah, betapa baiknya ayahku. Dia tau anaknya akan lulus juga. Alhamdulillah, aku lulus pengambilan ujian kali ketiga.

Oleh sebab itu, aku sangat sayang akan ibu dan ayah aku. Tidak terhitung jasa mereka dengan jari jemari. Malah, jari-jemari kaki pun, tidak terhitung..

Kasih ibu dan ayah membawa ke syurga... Aku percaya dengan kata-kata ini. Aku sedng memperbaiki diri untuk menjadi anak solehah. InsyaAllah. Aku adalah orang yang paling rugi kalau mengahancurkan hati mereka. Kawan-kawan di luar sana. sayangilah ibu dan ayah kita. Kalau korang ada perasaan tidak puas hati dengan mereka, cuba ingat balik kebaikan yang pernah mereka lakukan kepada kita. Taatlah pada mereka selagi cara dan kehendak mereka tidak melanggar syariat Allah SWT.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau – dengan akal fikiranmu – tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman ayat 14-15).

Ketahuilah kawan-kawan, "PARENTS KNOW THE BEST"

Selamat Hari ibu & Selamat hari bapa.
(Bagiku, everyday hari ibu & hari bapa)
7 Mei hari ulang tahun ayahku. Semoga Allah merahmati hidupmu ayah.
Along sentiasa menyayangi ibu & ayah. Mohon kepada-Mu Ya Allah, ibu dan ayahku telah melakukan kebaikan kepadaku, maka berilah kedudukan mereka di tempat yang Engkau redhai.


Masih ada kekuranganku. Aku tau dalam Al-Quran ada menyatakan kewajipan berbuat baik kepada ibu dan bapa. Cuma surahnya aku tidak ingat. InsyaAllah ini untukku dan juga para sahabat yang membaca post aku ini..

Itu sahaja. Wassalam..

5 ulasan:

Izzati Hashim berkata...

Salam alaik.

Kita sama! Kita along! Best kan jadi anak sulung? Hehehe.

Ada berapa beradik ni? (=

Mereka kekuatan ketika lemah, mereka tempat bergantung di dunia yang fana ini, mereka pemberi semangat. Mereka segalanya.

kita kena bersyukur dgn Allah, kerana Allah dah kurniakan ibu bapa yang terbaik buat kita (=


p/s : along ni garang x? hehehe.

Izzati Hashim berkata...

Surah Al-Isra ada ckp kewajipan berbuat baik pada ibu bapa, ayat 23 & 24.

(=

p/s : suka lagu ni!

Afiqah Roslan berkata...

Waalaikummusalam.

Hehe. Best. ape2 yg baru, kita dpt dulu. Payah, kena tunjuk teladan terbaik utk adik-adik. InsyaAllah tgh jdi yg terbaik.

3 orang. Semuanya perempuan :) Awak?

Alhamdulillah. ibu & ayah byk berkorban utk saye dan adik-adik. Syukur kepada Allah SWT.

P/s: garang skit kot. hehe. awk?

Terima kasih. Byk juga penyataan tentang berbuat baik pada ibu bapa dalam al-Quran. Rugi pada mereka yg tak jadikan al-quran dan hadis sebagai pegangan.

Oh, lagu ni dari ost Dalam Mihrab cinta diadaptasi dari novel Habiburahman el-shirazy. tajuknya Bunga-bunga cinta. Tontonlah movie ni. Pergaulan lelaki dan wanita masih terjaga.

Izzati Hashim berkata...

Ada 5 adik lagi, so 6 beradik la semuanya (=

garang? sometimes la. Lebih pada tegas (=

tgh dlm proses tgk cite tu. Kitaorg duk sini laju je cite2 mcm tu ho3

Afiqah Roslan berkata...

Bagus la.. selamat menonton :)