
Cepat sekali masa berlalu. Esok 18 Mei 2011. Alhamdulillah, Allah SWT memudahkan perjalananku setelah aku bertemu keluarga besar yang aku cintai di Port Dickson, terus aku mendapat pekerjaan. Walaupun seorang "Pembantu Jualan" sahaja. InsyAllah, aku akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Moga-moga Allah SWT menguatkan semangatku untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja kali ini. Apa ya, akan berlaku esok? tidak aku tahu... HANYA TUHAN YANG TAHU...
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Al Baqarah ayat 216)
Esok juga, result PSPM akan keluar. Aku redha dengan sebarang keputusan tersebut. Aku telah pun berusaha. Dan aku tahu, result tu setara dengan usahaku. Teringat pada motivasi saudara Aiman Azlan,
"Rewards on effort not result"
Dulu, aku mudah mengeluh dan menangisi kalau result aku tak dapat A. Tapi, bila aku melalui pengalaman, Aku tidak sepatutnya menangisi terhadap result, tapi pada usaha aku. Kalau usaha "ciput" makanya result pun "siput" gitulah sebaliknya. Maka, usahalah yang perlu kita uruskan bukan keputusan..
"Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya"( Ali'Imran ayat 159)
Surah ini diulangi oleh sahabat baikku, Shikin dan juga lecture aku, En Khairy. Allah SWT akan mencintai pada mereka yang telah berusaha dan kemudian bertawakal... Maka, surah ini, memberi semangatku agar tawakal setelah berusaha....
Teringat perbualan aku dengan sahabat baikku lagi yang juga roomateku ketika di matrik dulu. Time tu, nak dekat keluar result PSPM 1
"Raudhah, tak takut ke, result nak keluar ni?"
Raudhah pandang ke arahku dan ulangkajinya terbantut:
"Nak takut apa? da Usahakan? Redha je laa... InsyaAllah..."
Ye, usaha. Segala kejayaan boleh dikecapi jika kita telah berusaha dengan izin Allah SWT.... Allah SWT sentiasa mencukupkan nikmat kepada umatnya.
"Sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya."(Al-Talaq ayat 3)
So, kawan-kawan yang juga akan menghadapi hari esok, redha dan terima sahaja. Kerana kita telah berusaha. Jangan tangisi pada kegagalan result, tapi tangisi pada usaha kita. Usah sedih dengan kejayaan result kita, tapi sedih pada keringat kita bersusah-payah menuntut ilmu. Allah SWT MAHA ADIL...
Itu sahaja.
InsyaAllah, entri kali ini untuk membarakan semangatku dan sahabat sekalian.
Chaiyok !
Wassalam (^-^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan