Nak Marah apa jadahnye ..?


Assalammualaikum WBT..
Ohh, apakah motif aku cakap pasal marah? Sebab aku pernah marah. dan aku pernah marah orang sehingga dia terasa hati.

suara asing tiba-tiba datang : Hang memang patut marah dia. Dia perlekehkan hang !

Suara asing yang lain plak datang : Sabak. Hang kena sabak. Diam jaa. Hang boleh perbaiki diri.

Ye? suara asing satu mengajak marah, satu ajak sabar. Jadi yang mana mahu dipilih?

"orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;(Ali Imran:134)"

Kita selalu dikelilingi oleh manusia yang mempunyai pelbagai ragam. Ada ragam manusia yang boleh kita terima dan ada ragam yang susah nak diterima dan kadang-kadang ragam tersebut akan membuat kita rasa sakit hati dan terasa ingin membongkar amarah pada manusia tersebut. Ya, betul dengan marah kita dapat mempertahankan diri daripada disindir, dihina-dina dan diperlekehkan. Namun, sebelum anda memarahi orang yang memperlekehkan kita tu, cuba anda tanya diri anda. Betul ke, Mamat atau Minah(watak yang dicipta) ni kata? Kalau anda rasa betul maka, anda perlu baiki diri anda. Jangan marah padanya. Tapi jika tidak, maka biarlah dan diam. Dia bukan sesiapa yang menentukan dosa. Apa yang hendak dirisaukan?

Aku sendiri pernah mengalami situasi tersebut. Aku marah. Dingin akhirnya perhubungan kami. Aku sudah meminta maaf padanya. Dan dia memaafkanku. Tapi, aku tahu masih ada parut pada hatinya. Ya, umpama kita memahat paku pada batu, jika kita cabut kembali paku tersebut masih ada kesan lubang pada batu tersebut, Begitulah mangsa yang kita marah. Aku bukan membuka pekung di dada, tetapi ingin kembali mengingatkan diri sendiri agar tidak bersikap pemarah. InsyaAllah pesanan ini untuk mereka yang sudi baca post aku ini.

Jadi, bagaimana untuk mengawal marah ?

1. Meminta perlindungan kepada Allah SWT daripada syaitan yang direjam.
(Auzubillahiminasyaitonnirrojim)
Firman Allah Ta’ala :
"dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui”
(Al-A’raf:200)

2. Mengubah kedudukan ketika marah
Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring.
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

3. Berdiam diri
"Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Jika kita bersuara ketika marah, mungkin akan menambahkan amarah. Dan akhirnya akan timbul penyesalan apabila telah berhenti marah. Kan bahaya?

4. Berwudhuk
“sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

So, Janganlah marah. Sebab, ketika marah muka akan jadi merah, telinga jadi merah, gigi serta bibir mengetap, dan urat-urat akan terjojol keluar, Time tu, try lah lihat wajah anda di hadapan cermin. Hodoh bukan?
"seseorang itu marah, "Pandang betapa hodohnya wajah di muka cermin"; Imam al-Ghazali.

Control your anger and continue to be patient is better. Of course we will be loved by Allah SWT.. InsyaAllah...

“tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah SWT melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan”
(hadis riwayat Abu Daud)

InsyaAllah pesanan untuk diri sendiri. Entri-entri yang mengisahkan "Jangan marah" serta majalah solusi jadi rujukan untukku post entri kali ini. SubhanAllah. Besar nikmat Allah berikan padaku untuk menggerakkan jari-jemari untuk menaip and do brainstorming untuk menghurainya.

Itu sahaja, Wassalam...

Tiada ulasan: