Jayakanlah hati...














Sabda Rasulullah SAW:
Allah SWT tidak memandang rupa lahirmu dan harta kekayaan kamu tetapi Allah SWT memandang hati dan amalan kamu.
(hadis riwayat Muslim & Ahmad )


Hidup ini ibarat teka teki
Penuh persoalan
Penuh kekeliruan
Malah sangat penuh
Dengan jawapan.

Manusia ibarat bahan bacaan
Pelbagai jenis
Fiksyen mahupun bukan fiksyen
Pelbagai genre
Emosional mahupun professional
Kendatipun
Rambut sama hitam
Hati mampukah diduga?

Hati.
Hati bukan seperti komputer
Boleh diurus oleh manusia
Yang menggunakan akal fikiran
Penuh informasi yang bombastik
Namun,
Hati akan kosong
Andainya manusia gagal menguruskannnya.

Hati manusia
Bukan seperti soalan objektif
Yang memerlukan satu jawapan
Tetapi hati
Perlukan jawapan pelbagai
Hati sungguh subjektif

Gagallah hatimu,
Jika tiada pengisian rohani
Gagallah hatimu,
Jika tiada pengisian ilmu
Gagallah hatimu,
Jika tiada empati
Gagallah hatimu
Jika penuh dengan dengki
Gagallah hatimu
Jika tiada kematangan minda
Gagallah hatimu
Jika tiada sikap optimis.

Jayakanlah hatimu..