Qasidah Buat Laila

Assalammualaikum wbt. PALING KHASNYA, bagi memulakan coretanku, ingin aku ucapkan Salam Israk Mikraj kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Ingin aku berkongsi kisah peristiwa israk mikraj (klik ni).

Baiklah, malam semalam aku telah khtamkan drama Qasidah Buat Laila saluran astro oasis. Aku tahu, drama ni dah lame. Dan aku baru je menonton ulangannya. Dan aku sangat minattttt dengan jalan ceritanya.

Ok, movie ini merupakan arahan Eirma Fatimah. Dan aku suka dengan hasil karya Eirma Fatima yang penuh dengan percintaan Islamik.

Sinopsisnya; Mengisahkan perbezaan hidup hero, Shazrein watak Fahrin Ahmad yang menghamba pada keduniaan dengan watak heroin, Laila watak Fifi yang sangat taat akan perintah Tuhan dan keakhiratan.

Aku minat sekali dengan watak Laila yang menarik Shazrein mengenal Tuhan dengan cara halus. Cabaran tersebut disahut oleh Shazrein. Sepanjang dia mengenal agama di samping mengkhatamkan senaskhah Al-Quran, timbulnya fitnah bahawa dia dituduh oleh Nabila watak Julia Ziegler telah mengandungkan anak Shazrein.

Berdasarkan drama ini memberi pesanan bahawa, Allah SWT sentiasa menerima taubat umatnya. Sesungguhnya fitnah tersebut merupakan ujian Allah SWT bagi mereka yang sedang bertaubat kepada-Nya.

Firman-Nya bermaksud: “Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah SWT.” (Surah Ali Imran, ayat 135)


Dan aku sangat selut dengan watak Laila apabila Shazrein ke Madinah untuk bertemu dengannya dan menyatakan syarat pertunangannya iaitu senaskhah Al-Quran yang dibaca oleh Shazrein bukan untuk dirinya tetapi untuk Shazrein sendiri. Alhamdulillah, Shazrein menerimanya kerana Islam telah terlekat dihatinya. Malah, ibu bapanya juga telah insaf dan ingin mendalami agama Islam.

Meskipun, Laila tidak memberi jawapan pada perhubungannya dengan Shazrin namun aku tetap berpuas hati dengan penghujung kisah Qasidah Buat Laila ini. Pada yang belum ikuti drama ni, korang usahalah untuk mencari ulangannya di astro oasis. Nak cari kat You tube sangat payah :))

Satu sahaja aku kurang enak dengan cerita ni ialah pakaian Julia Ziegler. hee~

Tiada ulasan: