Assalammualaikum wbt.
Lama juga aku tidak update blog. Al-Maklumlaa.. busywoman sekarang ! Wah macam bussinesswoman plakk eh :)
Sekarang ni, Malaysia di gembar-gembur tentang perhimpunan BERSIH. Aku sebenarnya, tidak tahu sangat pasal perhimpunan ni, tapi bila aku baca akhbar faham la sikit. Aku tidak tahu perhimpunan ni melibatkan politik ataupun demi kepentingan rakyat. Aku harap, Malaysia akan kembali aman dan melaksanakan perlembagaan yang saksama buat rakyat. Well, honestly aku kata, I'm not interested in politics. Apapun, aku perlu ambil tahu perihal negara kan? Hah, Pasaraya Giant kan, uniform staff warna kuning? Sepanjang pantauan perhimpunan BERSIH, dorang sume pakai baju hitam. Lawak plak aku tengok. Macam perhimpunan orang mati pulak. hee~ Tak kesah, dorang pun, nak jaga keselamatan daripada di tahan oleh pak polisi kan ?
Ok, aku bukan ingin berkisah tentang perhimpunan BERSIH, tapi tentang aktiviti aku pada 10 Julai 2011. Famili aku, Famili Mak Uda dan Famili Mak cik telah bergerak ke Sungai Chiling. Dalam pukul 5.30 pagi kitorang bergerak ke sana. Solat Suboh, kitorang laksanakan di perhentian Sg Buloh. Alhamdulillah dalam 8.30am kami tiba di rumah Mak Cik Ani iaitu saudara dekat sebelah ibu. Layanan dia dan family pada kitorang sangat terbaik. Hidangan breakfast pun, sangat terhebat. JazakAllahu Khairan Ye Mak Cik dan famili :)
Dalam pukul 9 lebih, kitorang pun gerak ke Sg Chiling. Sebelum kitorang mendaki bukit, kitorang dirikan khemah. Kemudian mula jungle trekking. Hampir satu jam lah gak nak ke puncak cari air terjun tu. redah belukar, redah lautan api dan redah sungai.
SubhanAllah ! SubhanAllah! sungguh indah khazanah Allah SWT. apabila kami melangkah kaki ke kawasan hutan tu, terasa tenang dan redup je. Pernafasan pun, sangat lancar. oksigen menyelinap masuk ke seluruh badan. SubhanAllah ! nikmat tu semua. Setelah hampir 45 minit kami meredah hutan, and finally Alhamdulillah kami tiba juga puncak air terjun yang teratas di Sg Chiling. Penat, tapi sangat teruja.
Tiba sahaja kami di sana, kedinginan meresap keseluruh tubuh kami. Bunyi air yang mengalir dengan laju dari atas bukit jelas kedengaran. Airnya, masyaAllah, sangat jernih. Boleh nampak batu-batu kecil di dalamnya. Malah, ada ikan-ikan kecil bermain-main dengan kocakan air. Hee~, macam berpuitis plak aku :) Ikan-ikan tu, dilarang pancing atau dijala. Al-maklumlah, kawasan hutan tu kan, hutan simpan. Kena penjara tau sape yang try-try memancing kat situ.
Sayang sekali, aku tidak dapat mandi air terjun tu. Sebab? Adalah sebabnyee.. Aku cuma dapat merakam dan menangkap gambar je..
Inilah upper waterfall yang berjaya kami jejaki hampir 1 jam
Ayah aku interframe. hee~
Selepas 1 Jam kami bermandi-manda, kami pulang. Tak boleh lama-lama sebab makin lama, makin ramai pelawat datang ke kawasan tu. Bagi peluang dorang plak menikmati khazanah Maha Esa ni. Kemudian, kami kembali ke rumah Mak Cik Ani. Dia dah prepare lunch untuk kitorang. Thanks again Mak Cik. Layanan Mak Cik sangat kami hargai :)
Dalam pukul 4 lebih, kitorang pulang ke Kuala Lumpur. Terus terang aku kata, inilah trip fast track yang sangat menarik bagiku. Satu hari 1001 kenangan ! Harap-harap dapat lagi ke sana pada hari lain :)
15 Julai, result UPU akan keluar. Aku rasa cuak sangat. Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan aku...
Harap jungle trekking pada 19 Julai di Bukit Cerakah pun jadi :) Kali ni dengan member plak.
Bulan ni, bulan akhir aku bekerja di Giant Hypermarket Bandak Kinrara.
Aku hanya merancang. dan DIA yang menentukan. Aku tau DIA seorang sahaja perancang yang sempurna. sedangkan aku hamba DIA yang serba kekurangan...
Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan