
TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
| PROGRAM | : | EE02 - PERAKAUNAN | ||
| IPTA | : | UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) | ||
| URL SURAT TAWARAN | : | http://www.uitm.edu.my/kemasukan/tawaran | ||
CATATAN :
- Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web IPTA mulai 16 Julai 2011 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 30 Julai 2011.
Alhamdulillah ! SubhanAllah! inilah nikmat Allah SWT.
Bismillahirrohmannirrohim.
Ok, sebelum aku check UPU result, I accident
! hee~
Hari ni aku off day.. Lepas tu, Ibu & Ayah aku balik Melaka sebab nak ambik Pak Uda aku. Al-Maklumlaa.. Esok Malaysia lawan Liverpool. Ish3.
Jadi disebabkan keMALASan untuk prepare lunch, after aku ambik adik aku dari sekolah, kitorang makan di food court kat giant berkenderaan? Motor honda ayahku !
Time nak balik, adik aku tu, tetibe nak try bawak moto kat persimpangan nak masuk rumah. Aku tak yakin nak bagi die senanye, tapi, tah nape, aku baik sangat nak bagi diee.. So adik aku pun press la minyak. Die bawak slow sangat, so aku suruh die laju sikit.. Time kat persimpangan nak masuk lorong rumah aku, adik aku makan jalan and hampir2 nak terlanggar kereta jiran. Aku jerit kat die supaye ke tepi, Adik aku terkejut, dan aku xdapat nak imbangkan badan, aku tergolek jatuh macam nangka busuk, Adik aku terbabas, langgar rumah orang. Terburai pagar rumah orang tu. Kesian adik aku. Kaki dia luka. Aku? Kaki aku lebam. Ada gak la terjengket-jengket sikit ni hah. Dan, Tuan rumah yang pagarnya terburai tu, tiada di rumah... Time tu, ayah aku da balik. Dia nak jumpa tuan rumah tu, untuk mintak maaf tapi dia tak ada kat rumah. Alhamdulillah, aku & adik tak teruk cederanya. Mungkin sebab kami memakai helmet. Tak la, tapi kerana Allah SWT masih mahu memanjangkan umur kami lagi :) Bila aku cerita ni, lawak pun ada.. haih~ Thanks pada jiran sekitar, yang membantu :) Syukur ada jiran yang baik bantu aku dan adik tadi..
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.(Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Dan petikan paling atas tu, merupakan berita gembira buat aku dan famili. Alhamdulillah, accident yang ada berita gembira selepas itu. Hebat kan ? Itulah nikmat yang Allah SWT nak bagi aku. Allah takkan uji hamba-Nya melebihi tahap kemampuan bukan? Tahniah buat kawan-kawan yang juga telah mendapat tawaran universiti. Bittaufiq Wannaja hidup di luar sana!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan