
Assalammualaikum wbt.
Lama juga aku tidak update ye ! Al-maklum laa, sibuk bekerja. Alhamdulillah semalam, bersamaan 31 Ogos tamatlah perkhidmatan aku sebagai sales support di Giant Hypermarket Bandar Kinrara. Ok ! Let me mention my department friends :)
Kak Dina : Ajar susun barang ikut SKU, ajar lipat baju, ambil stok kat receiving, ajar wat A3.
Kak Maria : Ajar lipat baju, Ajar wat shelf label & double label, ajar bahasa tamil (like !)
Loges : Ajar susun baju ikut SKU, ajar bahasa tamil
Kak Ida : Ajar lipat baju & ajak berbual
Kak Ina : kawan berbual, teman ke receiving
Kak Nurul : Teman makan, Teman time ambik stok kat receiving, kawan berbual
Kak Shida : Teman makan, kawan berbual
Kak Dayu : Management Trainee ladies department. Masih baru, tapi happy jumpa dengan dia. Apa yang dia fikir sama macam aku.
Zahid : Ajar wat shelf label & tolong angkat barang-barang berat...
Terima kasih semua. Saya dapat pelbagai pengalaman dan erti hidup sepanjang bekerja di hypermarket ni :) Aku harap, aku dapat menilai, mana yang baik dan mana yang buruk. Alhamdulillah, Giant Hypermarket Bandar Kinrara tinggal kenangan dalam benakku.
Thank you Kak Dina, Kak Maria and Loges yang beri hadiah Farewell untuk saya. Kak Dina especially, yang juga da belanja saya makan. Hanya Allah SWT dapat membalas budi akak tu... :)
Pasti akan merindui pengalaman di Giant walaupun ada kesukaran sebelumnya...
Alhamdulillah hari ini 1 Ramadhan, 1 Ogos. Kali ini aku ingin celebrate sepuasnya bersama famili tercinta... Bagaimana ya? Ramadhan kali ni. Rindu Ramadhan bersama teman di Matrik dulu..
Disebabkan, waktu berbuka nak dekat, so ada beberapa hadis yang nak aku kongsikan di sini :
Diriwayatkan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk.(H.R.: Abu Daud dan Al-Hakiem)
Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo'a (ertinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah.(H.R : Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan solat daripada makan malam itu ( yang sudah terhidang ).( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )
Nak lagi? klik ini :)
Selamat berpuasa ! Semoga kita dapat barakah daripada-NYA pada bulan yang mulia ini !
Wassalam :)
2 ulasan:
selamat berpuase fiqa..!
selamat berpuasa ;)
Catat Ulasan