KERTAS


Assalammualaikum wbt.
Kaifahaluki? Sihat? Alhamdulillah. Tak sihat? Alhamdulillah. hihi !

Mengapa kali ni aku nak cerita pasal kertas ye? APE YE agaknye admin nak repekkan? Haha. InsyaAllah, aku tak nak merepek. Sekadar nak berkongsi.

Baru-baru ni, di Fakulti aku ada buat program Kemahiran Insaniah untuk student degree part one. Fasilitator untuk group aku ada mengeluarkan sehelai kertas kosong. Ketika itu kami duduk dalam bulatan. dan Fasi tersebut pusing dalam bulatan tersebut. Dia berjalan dari satu orang ke satu orang bersama pertanyaan apa yang ada dalam kertas tersebut. Hampir kesemu dari kami memberi jawapan KOSONG, EMPTY, PUTIH, Tak ADA APA-APA. Fasi tu kata jawapan kami semua salah. Tiba-tiba salah seorang daripada kami menjerit : "POKOK"! Kami semua ketawa dengan jawapan tersebut. Tapi, Fasi tu kata. Betul jawapan awak. Kemudian Fasi tu bertanya lagi. Kenapa awak jawab pokok? Lantas budak itu menjawab, "Sebab kertas ni asalnya dari pokok".

Aku tak tau nak kata apa, budak yang menjawab ni, berfikir luar daripada kotak mindanya. Sedangkan aku dan lain-lain, bagi jawapan yang tiada bedanya dan jawab apa yang terlihat dipandangan mata tanpa perlu menghuraikannya.

THINK OUT OF BOX.
Bila kita terpandang matahari, kita cuma kata PANAS. Bila kita lihat langit, kita kata INDAH. Pernahkah kita kata, siapa ya, pencipta matahari? Siapa yang cipta langit?

"Dia (Allah) pencipta langit dan bumi. Bagaimana (mungkin) Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu ; dan Dia mengetahui segala sesuatu"
(Surah Al-An'am ayat 101)

"Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Allah yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui."
(Surah Yassin ayat 38)

Bila kita memegang satu gadget yang ciptaan sangat berseni, halus, kreatif dan berinovasi, pasti kita memuji pencipta gadget tersebut. Pernahkah kita terfikir, siapa pencipta kepada pencipta gadget yang kreatif itu?

Contohnya, macam korang puji Steve Job!

Hah ! mesti tengah muncungkan bibir seperti itik kan? Haha! TerSENTAP la tu!

Bukan korang je, pada admin sendiri juga, pernah bersikap seperti itu. Maka, bila kita lihat sesuatu kejadian yang indah mahupun terhebat, cuba fikir sejenak, Siapakah pencipta-Nya? Allah sudah kurniakan akal kepada setiap manusia, makanya kita perlu berfikir dan pilihlah mana yang baik, mana yang buruk. Dan ketahuilah, sejauh mana hati kita ni, ada Allah?

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Surah Ali Imran ayat 190)

Konklusinya, bila kita memikirkan kebesaran dan keesaan Allah, maknanya kita ni berakal. Orang yang tak fikir tentang-Nya, tak berakal la kan?

InsyaAllah, ini sahaja yang aku nak kongsikan. Maaf segala kekurangan. Sila tambahkan mana yang terkurang. Aku cuma laksanakan tugas sebagai seorang muslim.

"Dan (ingatlah!) ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada orang-orang yang telah diberikan kitab, iaitu: Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya .." ( Surah Ali Imran ayat 187).

Dari Abi Bakrah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir (mendengar hadis ku) menyampaikannya kepada orang-orang tidak hadir kerana sesungguhnya diharap orang yang disampaikan hadis itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


2 ulasan:

Kacang Pool berkata...

Kehebatan dan kepintaran, hadirnya dengan izin dari Allah.
Manusia mampu menghasilkan benda paling hebat pun, benar ianya ilham dari Allah.

Tutorial untuk corat coret lain:
http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2010/08/animated-recent-post-widget.html

Afiqah Roslan berkata...

Btul tu :)

Syukron.