
Fathiey:
Salam. Buat semua sahabat2 SMKS1BK, minta sedekahkan Al-Fathihah buat senior kita Kamalhadi br saje kembali ke rahmatullah jam 12 mlm tadi. Semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman. Amin.
Admin:
Innalillahiwainnalillahirojiun... Fathiey aku mcm xcaye. Die sakit ke?
Fathiey:
Aku pn xtau wey. Aku tau pasal ni pn ble aku on9 FB pg td. Aku stalk fb dia.
Admin:
Aku xtau nape aku asyk teringt pd kematian.
Fathiey :
Aku terkejut wey ble on9 td.
Admin:
Tau. die dikebumikan kat mane? Sape yg komen wall ttg pemergian die?Aku teringt kematian smjk daia komen aritu. cukup ke bkln aq?
Fathiey:
Mle2 aq pasan status danial azizi. then aku stalk page senior2 kte yg lain n dorg ckp kamalhadi da xde. Pastu aq stalk fb Kamalhadi. Aku xtw nk kate ape wey.
Admin:
Ko tanye r kat dorg arwah dikebumikan kat mane. Aq pun xcaye. Tiba2 aq rase sedih sgt.. Xtau nape?
Fathiey:
Aku kt clas ni nanti aku on9 aku tanye senior2 kte. Aku agk terase pemergian dia sbb die suke post artikel yg best. Jgn sedih sgt wey. Pape pun kene redha.
Admin:
Tau, aku pun suke, status die sume bermanfaat. Die yg add aku kat FB. Xsngke Allah ambil die da. Aku yakin Allah syg die.Kla, stdy leklok. Jihad 4 Allah!
Fathiey:
Allah lbh sygkan dia. kalo ade ppe psl die aku msj ko. Alhamdulillah die meninggal ketika menuju ke jln Allah. InsyaAllah. Terima kasih sahabat. Jihad 4 Allah!
.......
Al-Fathihah buat arwah Kamalhadi.. Aku tak berapa rapat dengan arwah tapi, aku kenal die secara gitu-gitu je. Kalau tengok pada kepribadian arwah, dia seorang yang ceria. Malah, postnya di FB sentiasa yang bermanfaat. Cara die menegur kawan-kawan di FB sangat halus dan tidak menyakit hati. Arwah guna dengan cara pujian. Semua new post dia yang appear kat home wall FB aku selalu juga aku meng"like". Sebab memang selalunya bermanfaat.
........
Memang sejak kebelakangan ini ada sahaja berita kematian. Al-Fathihah juga buat arwah sepupu ayahku dan juga arwah Ayah Syud yang juga telah ke rahmatullah baru-baru ini..
"Death does not look at age."
Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh.' (Surah An Nisa' : 78)
`Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kami lah kamu akan dikembalikan.'(Surah Al Anbiyaa' : 35)
`Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.'(Surah Al Munafiquun : 11)
Memang telah janji Allah SWT, ajal, jodoh pertemuan ketentuan-Nya. Persediaan untuk kita menghadapi janji tersebut mesti dilaksanakan. Cukupkah bekalan untuk kita menghadapinya? Sama-samalah kita muhasabahkan diri. InsyaAllah, this post not only for the viewers but reminds me as well.
Use the technology to spread da'wah.. Let's Jihad for Allah SWT! Begitulah Arwah Kamalhadi gunakan FB untuk menginsafkan sahabat-sahabatnya. ^^.
2 ulasan:
takziah,,,,kita yg hidup ni perlu rasa bersyukur kerana Allah masih beri peluang dan masa utk kita terus berbakti dan mngutip timbunan pahala di sepanjang jalan dakwah dan perjuangan ini....
btol tu :) insyaAllah!
Catat Ulasan