Cabaran remaja & Ramadhan

Bismillahirrohmannirrohim

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah, kalau anda sihat. Kalau tak sihat, ikhtiar supaya sihat. Moga Allah kembalikan sihat anda. Sakit-sakit bulan puasa ni, lagi bergandalah nikmat yang Allah nak bagi kan? Adik aku yang terakhir pun tengah tak sihat sekarang ni, tambahan pula, dia tengah exam trial PMR. Hopefully you get well soon Nina! Ameen. 

Ucapan Birthday untuk ibuku yang sangat aku kasihi. Moga Allah, berkati dan rahmati ibu. Ibu antara insan yang paling aku kasihi. Ingin aku titipkan beberapa baris puisi buatnya. Boleh ka? 

Ibu,
Dari raut wajahmu,
Nampak lagi ayumu,
Biarpun lanjut usiamu,

Ibu,
terima kasih
tiada hadiah yang paling mahal dapat kuberi,
Ya, banyak sekali kau berbudi,
Buat ayah kau hormati,
buat anak-anak kau kasihi,

Mungkin tingkahmu, 
nampak jauh dari semasa,
tapi kisah lalumu berbahasa,
bagiku itu perkara biasa,
Inilah tanggungjawabku,
Mengenalkanmu sesuatu yang luar biasa.

Ibu,
Usah kau doakan kami kejayaan dunia sahaja,
Doakan juga kejayaan akhirat
Moga, 
kami dapat berpimpin tangan denganmu,
Bukan di dunia sahaja,
malah di akhirat juga,
InsyaAllah..

#Bolehkah, pada mereka yang membaca entry aku ni, aku bagi tugasan pada yang berminat cari surah dalam al-Quran berkenaan ibu bapa dan mencipta puisi buat mereka? Pamerkan melalui komen, post aku, atau di blog anda sendiri dan mention kat shoutboxku atau di FB status anda dan tag padaku. Tiada hadiah, Lakukan kerana cinta anda pada ibu bapa anda dan paling penting kalau lakukan kerana Allah. Tiada paksaan ok! terserah pada anda.

Kali ni, entry yang ingin aku kongsikan, ketika Nuzul Al-Quran yang lepas, 17 Ramadhan 1433 bersamaan 6 Ogos 2012.


Ya, 6 Ogos lalu, begitu gah sekali aku memandu saga FLX bersama adik ke USA. Waa~ bunyik macam bangga? Adoi. 

Alhamdulillah, aku selamat sampai dari Puchong ke Shah Alam pada hari tersebut, kerana ingin sekali menghadiri pengisian di Pusat Islam UiTM. Pengisiannya, santai sekali. Gambar di atas, kiri sekali Ustaz Hariri, tengah Nasaruddin (moderator dan orang kuat Persatuan Mahasiswa Hadhari)- trademark "Syukur" membuatkan forum ni, lebih bertenaga. Alhamdulillah ! Dan kanan sekali Aiman Azlan.

InsyaAllah, aku ingin sekali kongsi sedikit pengisian yang aku peroleh dan aku catat dalam buku nota pada hari tersebut. Moga Allah bantu. 

Pengisian Ustaz Hariri sangat mantap, alunan bacaan al-Qurannya, sangat merdu. Jenakanya pun, membuatkan forum Cabaran remaja & Ramadhan ni kelihatan bersahaja. Walaupun begitu, pengisiannya tetap tersampai ke hati. Ustaz Hariri ada mengatakan bahawa, bulan puasa ni mudah sekali untuk kita dapat pahala. Even tidur pun dapat pahala. Ustaz Hariri juga ada list up, 3 kualiti puasa:

1. orang yang puasa dan solat.
2. orang yang puasa tapi tak solat.
3. orang yang tak puasa dan tak solat.

Paling parah, kualiti puasa yang ketiga. Ustaz Hariri juga menguatkan pengisiannya, dengan surah al-Baqarah;

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Surah Al-Baqarah: 183)

Berdasarkan ayat di atas, Allah menujukan ayat ini kepada orang-orang yang beriman, maka, mereka yang tidak mahu berpuasa itu tidak beriman. Malah, kenyataan "wajib" di situ. Anda bole terus membaca terjemahan surah al-baqarah dari ayat 184-187 iaitu satu-satunya surah yang berkisah tentang bulan Ramadhan. Iqra'.

Begitu juga kualiti puasa bukan di pandang pada solat sahaja, malah jika sesuatu yang dilarang oleh Allah kita lakukan juga (Nauzubillah), puasa kita tetap belum berkualiti. Contohnya, puasa tapi tak tutup aurat. Itupun belum berkualiti lagi.

Selain itu, Ustaz Hariri juga turut bagi tips untuk bersihkan hati, khasnya buat student agar kuat mindanya. Dia siap menyanyikan tips tu, (Ubat hati-Opick) pandai ustaz menyanyi. hee ^^

1. Baca Quran dan maknanya
2. Solat malam dirikanlah
3. Bersama dengan orang soleh
4. selalu berpuasa
5. zikir malam berpanjangan.

Hmm, berdasarkan tips di atas, banyak juga yang jaran-jarang aku lakukan. Patutlah, minda ni mudah terlalai dan terlupa. Aduhai. Tapi, kita boleh cuba sedaya -upaya. Jom! InsyaAllah. Moga Allah bantu.

Akhi Aiman Azlan pula, memberi cara untuk kita mengawal nafsu. Di mana nafsu kita ni perlu dikeluarkan dari diri kita yang asal. Malah akhi Aiman juga ada kata, kalau kita gagal kawal nafsu kita, tak mungkin, nafsu kita ni dapat back up kita kat akhirat nanti. Malah nak salahkan syaitan pun, doesn't make sense!


1. Kenalpasti kelalaian kita
2. Azam untuk berubah iaitu niat kerana Allah
3. Do action (langkah-langkah untuk berubah), kalau cakap je, tak jalan.
4. social support yang sihat (bersama dgn orang yang boleh membantu untuk berubah)

Walaubagaimanapun, nafsu ni ada baiknya juga kata Ustaz Hariri. Time belajar pun kena ada nafsu. Kalau tiada nafsu belajar, susah juga. So, kita kena bijak untuk mengawal nafsu.

Oh ya, sila lawat page ini!

InsyaAllah, page ini mengisahkan 3 peringkat penurunan Al Quran. Salam Nuzul Al-Quran. Dan selamat mencari malam Lailatul Qadr. Jom sama-sama mencari, InsyaAllah. Moga aku cepat sihat.

Ini pula blog akhi Aiman Azlan

Maaf, pengisian yang aku ingat ini sahaja. Kalau ada di antara anda semua menghadiri pengisian ini, sila tambahkan ye!

"SubhanaAllah, Alhamdullillah, wala illa ha illa Allah.."

Tiada ulasan: