Untunglah ber'couple'...

Bismillahirrohmannirohim.

Apa khabar kawan-kawan? Sihat? Alhamdulillah. Tak sihat, macam biasa iktiar supaya sihat and make du'a to Him, may you get well soon. Allah miss you! 

Bagaimana Ramadhan. Dah seminggu lebihkan? Apa khabar ibadahnya? 
(jap ini pertanyaan untuk aku sebenarnya ^^)

Aku ingin kisahkan hal lain, tapi ada sedikit mukadimah tentang puasa sebelum aku bercerita lebih panjang dengan tajuk di atas. InsyaAllah, moga Allah permudahkan.

Aku bukan nak mengata masyarakat Malaysia, tetapi ini hakikat yang aku lihat di hadapan mataku, disekelilingku. Allah lebih mengetahui. Peristiwanya, ketika aku bekerja dulu, Ada akak-akak puasa ganti, tapi solat fardhu yang jadi kewajiban tidak dilaksanakan. Takkan alasannya, "period"? Sedangkan kata puasa ganti.  Inilah permasalahan masyarakat kita. Mungkin dia tak tahu solat tu wajib. Atau dia da tahu solat tu wajib, tapi buat-buat tak tahu. Dan itu, aku tak tahu. Dia dan Allah je yang tahu.

Dan mungkin juga, mereka beranggapan, puasa itu mesti dilaksana kerana menganggap itu ibadah besar (ibadahnya ramai orang buat, malu kalau dia tak buat). Dan solat itu tak perlu dilaksanakan kerana itu ibadah kecil (ibadahnya selalu dilakukan sendiri-sendiri, so tak perlu malu kalau tak buat.) Peeps, ini andaian aku. Kalau terkena, mungkin kebetulan.

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).


Page atas ni, ada sedikit input tentang "Puasa tapi tak solat". Jangan biarkan puasa anda sia-sia. Puasa tu, bukan setakat tahan lapar dan dahaga, tapi puasa tu termasuk dengan amal ibadah kita termasuk yang fardhu tu. Doesn't mean you fasting, then you can leave your solah. If you are a Muslim, the 5 pillars of Islam you MUST follow. Jangan sesuka hati nak ikut separuh-separuh. Don't let your nafs control yourself. Nak salahkan syaitan, mereka sedang digari.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh mereka musuh yang nyata bagi mereka. (Al Baqarah: 208)


Hah, suka la tu tengok ilustrasi kat atas ni kan? Kalau kartun perempuan tu, ditukar lelaki. konklusinya, kisah gay. Kalau kartun lelaki tu ditukar perempuan, konklusinya lesbian. Nah, baru kartun, dah ada tanggapan masing-masing. Betul dak? Ok. Bukan hal tu aku nak kisahkan. titik.

Aku nak kisahkan gambar di ataslah. Kalau kartun lelaki dan kartun perempuan, ada dua tanggapan.
1. Suami Isteri.
2. Pakwe Makwe.

Kan?

Anda cenderung yang mana? 

Ok. Aku memang geli statement 'couple' tu dari zaman sekolah rendah. Tapi, ada pula timbul dalam benak, "Bestnye, bestfriend aku dah ada BF". Eh, timbul pula cemburu. Ada orang nak minta berpasangan, tapi tolak, sebab geli. Takkan pelik?

Baik, itu sebahagian daripada tanggapan mereka yang tak nak couple, sebab 'geli' dan 'menyusahkan'. Itu statement aku before ditarbiyah.

But, after tarbiyah. Statement 'geli' tentang couple bukan yang utama, tapi statement 'salah! n salah! n salah! di pandangan Allah!' itu yang utama.  Kenapa? Because it's already state in al-Quran.

Dan janganlah kamu mendekati zina; zina itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Isra': 32)
Ada seorang hamba Allah, yang sangat aku kasihi, minta sedikit nasihat bagaimana untuk hilangkan rasa cemburu pada rakannya yang ber'couple'. InsyaAllah, dia dalam proses untuk berubah. Moga-moga dia istiqomah. InsyaAllah, ini juga satu proses untukku, peringatan untukku dan buat sahabat-sahabat yang lain, khasnya sahabat-sahabat perempuan yang mungkin kalian juga seperti kami.

1. Kurangkan bergaul dengan member yang ada couple.
Tapi, bukan bermakna anda tak boleh kawan dengan mereka. Cuma fikir yang anda nak jaga hati sahaja. Selalunya, kalau bergaul dengan member yg  tak de couple, ada la sikit kekuatan tu untuk hilangkan rasa cemburu. Walaubagaimanapun, anda jangan tinggalkan rakan anda yang ber'couple'. Mungkin after anda dah ada kekuatan, mungkin turn anda untuk nasihati dia.


2. Limitkan interaksi dengan lelaki
Tipulah, kalau dalam hidup kita ni, tak ada hal yang tak memerlukan lelaki.Tapi, biarlah berhubungan dengan mereka kepada hal yang penting sahaja. Tak perlu bermesej atau berjumpa kalau tak ada hal yang penting. Yela, perempuan attractnya for sure pada lelaki, begitu juga lelaki. Memang pada awalnya berhubung tak rasa apa-apa, tapi lama-lama mesti ada rasa apa-apa. Khasnya, perempuan. Aku tahu hati mereka ni lembut. Mudah jatuh hati. 

3. Lazimi hati dengan ayat al quran n tadabuur (hayati maksud)
Serious, al-quran selalunya bagi jawapan pada hati kita, kalau kita rasa sedih, tak senang, feel alone yang menimbulkan rasa cemburu pada sahabat yang ada pacar. Kalimah dari Allah, sentiasa membuat anda rasa tenang. Hati anda tak kosong, tak seperti Najwa Latif kata, "kosong".

4. Tanamkan dalam hati, pasanganku Allah dah tetapkan.
Sabda Allah SWT:
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yg berfikir." (Surah Ar-Rum: 21) 
Anda tak perlu risau hal pasangan ni, akan ada juga, yang penting, kita perbaiki diri dulu. InsyaAllah, akan ada yang datang pada anda. Kalau anda dah jatuh hati pada seseorang tu, doalah, supaye dia ditakdirkan untuk anda.  Tapi, kalau dia bukan ditakdirkan untuk anda. Don't worry Allah knows better to give you the best spouse.

5. Janji pada Allah
Kalau kita berjanji pada Allah, anda tak nak couple, dan tak suka statement couple. InsyaAllah, rasa cemburu anda pada rakan anda tu akan hilang. Sebab anda tahu, Allah tak suke, dan bende tu tak betul. Jangan berjanji dengan rakan anda yang tak ber'couple' sebab tengok dia tak ber'couple', sebab selalunya kita mudah mungkiri. Aku bukan cakap saja-saja hal ni, realitinya ia berlaku pada aku. So, swear to Allah, not to others.

6. Yang penting hati anda, niat anda.
Kalau hati anda tak bersedia untuk menerima bahawa 'couple itu salah', anda akan abaikan semua nasihat di atas. Terus, cemburu pada rakan yang ada kekasih still ada. Oleh itu, sangat penting untuk kita betulkan niat, mengapa, kita memilih untuk tidak ber'couple'?

Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh 'Umar Bin Al-Khattab r.a. ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya setiap amal itu tergantung dari niatnya dan sesungguhnya seseorang itu hanya mendapatkan sesuai dengan apa yg diniatkannya. Barangsiapa yg hijrahnya kpd Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya (dinilai) kpd Allah dan Rasulnya, dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yg hendak diraihnya atau kerana wanita yg hendak dinikahinya, maka (hakikat) hijrahnya itu hanyalah kepada apa yg menjadi tujuan hijrahnya."
(Riwayat Al Bukhari & Muslim)

 Ma fii Qolbi Ghhoirullah (There is none in my heart besides Allah)

Aku banyak kekurangan dalam menyampaikan. Dan aku masih dalam proses untuk mengubah diri. Sebab, aku tak nak jadi aku yang dulu lagi. Moga Allah bantu. Sila tambah jika terkurang, sila tegur kalau tersalah. Because I'm a human being, mesti ada silap dan khilaf. Salam berpesta ibadah! ^^.

Tiada ulasan: