Novel untuk hidupku


sumber: FB social networking


Bismillahirrohmannirohim... Assalammualaikum wbt.
Apa khabarkah semua pembaca yang rajin menjengah bloggieku yang agak low profil ni..? Agak lama gak la menyepi... Busy la konon. '==! erk! Entah mengapa Allah menggerakkan hati ini untuk mengetuk alphabet keyboard noteboard aku untuk berblogging hari ni. Moga dengan action ini, mendapat redhaNya... Sebenarnya, sangat rindu untuk menceceh kat blogger ni. Sangat rindu! Before aku nak story tajuk di atas, ingin sekali aku mengucapkan SALAM RAMADAN AL MUBARAK. SALAM NUZUL QURAN, SALAM BERPESTA IBADAH, SALAM LAILATUL QADR DAN SALAM HOLIDAY (bagi yg cutilah!)

Suka untuk aku revise dan muhasabah, harini dah ramadan ke-19. Rasanya, kualitinya tidak berapa nak mantap. Jadi, dalam proses mu'aqabah (menghukum diri kerana terlalai), aku nak buat satu entry untuk peringatan diri dan orang lain..

Moganya, ia bukan  bicara jari-jemari tetapi berdusta di hati. Allah benci sikap macam tu..

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya..(As-Saff:2-3)

 Yeah, 
"WALK YOUR ACTION".

Moga Allah bagi kekuatan untukku bertindak berdasarkan bicaraku...

Ok, back to the topic "Novel untuk hidupku". Hmm, novel. Novel ni dulu antara bahan bacaan yang sangat-sangatlah aku obses. Sampaikan setiap kali ada pesta buku, adalah WAJIB untukku dapatkan signature NOVELISnya. Yelaa, kagum dengan hasil nukilan mereka... 

Tapi sekarang, obses tu kian menghilang. Di sini bukan aku nak boikot ke ape, cumanya aku dapat kesedaran novel yang aku baca ni, kurang updated. Awal kisah hingga akhir kisah, lebih kurang sama. Kisahnya, hanyalah imaginasi bukan realiti.. So, aku terbangun bahawa aku sekarang ni berada di alam realiti. Kalau hidupku sekadar imaginasi dan fantasi, bilakah masanya untuk aku berpijak di dunia realiti. Di mana aku hidup ni, ada tanggungjawab. Tanggungjawab untuk dunia, tanggungjawab untuk kecapi syurgawi. 
(entah dapat atau tak kalau sepanjang hidup dengan novel cinta.) 
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah:30)
Sesungguhnya ada step untuk stop habit obses novel ni... Nanti aku bagi tips, macam mana nak kurangkan habit gila novel cinta ni.. InsyaAllah... 

Regards to the topic,

Nak bagi soalan cepumas sikit:

1) Sejak umur berapa, anda sebagai orang islam, membuka lembaran al-Quran?

2) Sejak bila anda membaca al-Quran? 
3)Sejak bila anda menghayati tafsiran/terjemahan al-Quran?
4) Sejak bila anda titik-beratkan sebutan huruf dan tajwid dalam al-Quran?
5) Sejak bila anda teringin dan sangat gila-gila nak hafaz beberapa potongan ayat al-Quran?

(pergh! soalan makan dalam wooo!)

Sesungguhnya, soalan-soalan di atas ni, aku pun terasa makan dalam gak laa... Seumpama sanubari aku ni ditikam-tikam! Sakit! Memalukan!

Aku start baca al-quran ketika darjah dua (ibu hantar belajar ngaji). Kalau aku tak ke sekolah agama, mungkin aku tak usik al-quran sehingga darjah 4. Darjah 4 aku stop sekolah agama. kemudian skip bacaan al-quran selepas khatam sehingga form 1. Kemudian aku ada kesedaran untuk membacanya dengan sahaja2 utk target khatam 10 kali sekurang-kurangnya, tanpa mengenal tajwid, tanpa menghayati terjemahan ketika form 2. Sebabnya,

"Nanti aku boleh tanya kawan dorang dah berapa kali khatam?"

Dorang almost 10 times finished the Quran. Itu yang membuat aku jealous. Allah, bila fikirkan balik kekhilafan lalu, Allah, sedih kot. Baca Quran sebab nk bangga dengan orang lain kan? Aku berjaya lakukannya sehingga tamat SPM.

Masuk matrik, kali ni aku tak miss baca al-Quran walaupun sekali. Kali ni dengan terjemahan. Sekadar baca, tanpa menghayati sebab nak cepat habis dan kononnya ni tools untuk aku dpt result bagus di pengajian matrik. Bila aku kenangkan semula, Allah teruk betul sayangku pada al-Quran hanya untuk kepentingan diri. Allah tu baik, dia tetap bagi apa yang hambaNya nak walaupun misinya bukan matlamat yang sepatutnya berada di tempatnya.

Bila masuk universiti, aku bertemu dengan kawan usrah. Kami membuat perbincangan berkisar dengan al-Quran. Terjemahannya kami hayati bersama. Bacaannya ditasmek oleh sahabat usrah. Dia bukan sekadar recheck bacaanku, tapi dia recheck sekali tajwidku. Allah, banyak sekali kesilapan dalam bacaan al-Quranku. Sedih 'T.T kot... Apa misi selama aku baca al-Quran sebelum ni?

Kawan2. Umurku kini 21 tahun. Aku start berminat untuk mengenali al-Quran ketika umur 19 tahun. 19 tahun selepas aku hidup, baru aku sangat mengasihi al-Quran. Kawan2 muslim, pada waktu muda ni, dekatilah al-Quran, hayatilah ia, dalamilah ia, carilah guru untuk memahami terjemahannya... Ada beberapa dalil dalam al-Quran ada perselisihan pendapat dari para ulama', maka pilih mengikut kesesuaian pelaksanaannya. Jangan mentafsir mengikut pendapat sendiri, bimbang ia menimbulkan kekeliruan pada diri sendiri dan orang ramai..

Tersentuh hati ni, bila aku bertemu dengan adik-adik yang seawal 15 tahun dah faham code/versus al-Quran. Ada yang seawal umur begini, sudah hafiz/ah. Allah, aku lambat lagi dari mereka untuk mengenali al-Quran. Tulah, hidayah tu milik Allah :) 

Betapa hebatnya al-Quran ni, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara Allah berfirman dengan jelas di dalamnya. Serious, sangat hebat wahyu yang Allah beri buat Nabi junjungan kita Nabi Muhamad SAW dan menjadi peninggalan baginda buat umatnya, iaitu KITA... Pendek kata, "SPEECHLESS". 

Oh ye, sini aku nak bagi link kisah Dr Gary Miller yang pada mulanya seorang pendakwah dan sangat berpengetahuan  tentang kitab Bible sehingga ingin mengkaji al-Quran untuk mencari kekurangan di dalamnya. Akhirnya, beliau tidak menemui kekurangan dalam al-Quran tetapi mengaguminya...

Download Dr Gary Miller (Now Dr Abdul Ahad) work "The Amazing Quran" dari link ini http://www.thetruecall.com/downloads/AmazingQuran.pdf


 Boleh baca dengan lebih lanjut ataupun dengarkan kuliahnya di..http://www.discoveringislam.org/dr_gary_miller.htm

Akhir kalam (la SANGAT!),  jadikan al-Quran sebagai novel untuk hidupmu!

Kawan2, doakan saudara-saudara kita di Mesir, Syria, Palestin dan Rohingya. Sesungguhnya, sekarang ni kita berhadapan dengan masalah ummah yang sangat tenat.. 




Saudara-saudaraku, maafkan kami kerana terlalu 'bergoyang kaki' di sini. T.T"



Tiada ulasan: