"Assalammualaikum, ya siapa ni?" Nurin bertanya dalam kemamaian.
"Waalaikummusalam. Nurin tak 'save' nombor akak? Sedihnya..." nada merajuk pemanggil di sana.
Nurin membetulkan kedudukannya di atas katil sambil melihat skrin handphone nya.
"Asifah jiddan kak za... Saya baru bangun tidur, capai phone tak tengok skrin! Kenapa kak?"
Terdengar hembusan nafas kak za di hujung talian..
"Hmm... tidur waktu petang?"
"Hihi, kak tertidur sat jaa rehatkan minda yang dok pulun 'assignment'...."
"Ok... gini Nurin akak nak beritahu kamu, kamu nanti akan bekerjasama dengan muslimin untuk program kerohanian sebagai wakil persatuan kita. Event nya kat fakulti perundangan."
"Allah, siapa kak? Tak ada muslimat lain ke?"
"Namanya Razman. Ada, akak laa orangnya... 5 petang ni, kita akan ada meeting kat Pusat Islam. OK?"
"Razman? Tak pernah pun dengar nama tu dalam persatuan kita?"
"Memanglah tak pernah, dia baru join persatuan kita, hari tu pun kamu tak datang meeting tak sempat la nak berta'aruf..."
"Oh, ya time tu saya ada presentation. So, tak attend."
"Ok, jumpe petang ni ye... Assalammualaikum..."
"Waalaikummussalam...."
...................................................................
"Kak, lambatnya muslimin. Ni saya tak suka ni, tak punctual. dah 30 minit menunggu. Saya beredar dulu ya?"
"Sabarla Nurin... Akak dah tanya, dia on the way..."
Nurin Nurisha menarik nafas panjang menahan sabar. Nurin, sangat kedekut masa. Kak Za hanya senyum dengan tingkah Nurin.
"Sambil tu, jom baca al-mathurat?"
"Hmm, ye tak ya jugak, jom...!"
Nurin meneliti smartphone nya membuka aplikasi al-mathurat.. Kak Za sudah menghafal surah al-mathurat.
Maka, alunan zikir al-mathurat susunan as-syahid al-imam Hassan al Banna berlagu dengan merdu. Sehingga ke akhirnya, Kak Za membaca doa rabitah. Doa perjuangan, doa untuk ukhuwah... 10 minit berlalu...
Pintu bilik mesyuarat terkuak...
Satu sosok tubuh memasuki ruang bilik tersebut...
"Assalammualaikum... Maaf lambat."
"Waalaikummussalam. Tak apa, cuma kami nak tahulah kenapa lambat? Supaya kami ni tak bersangka bukan-bukan.." Kak Za bersuara, Nurin hanya menundukkan wajah ke bawah sambil menyelak lembaran tafsir al-Quran. Tapi telinganya dibuka untuk mendengar alasan muslimin itu. Sama ada boleh diterima atau tidak.
"Tadi, saya nak hantar proposal pada lecturer, tiba-tiba ada lampiran tertinggal di rumah kawan di Puchong. Nak tak nak kena juga patah balik dari Shah Alam ke sana. Sebab due date nya hari ni. Maaf sangat buat kalian menunggu."
Kak Za mengangguk kepala. Nurin kemudian bersuara,
"Bolehlah start sekarang, sebentar lagi maghrib..."
Nurin menutup lembaran al Quran dan mendongakkan wajahnya...
Anak mata Nurin tertancap ke wajah muslimin itu... Dalam hatinya terdetik,
"Ronald?"
Muslimin itu duduk di hujung meja mesyuarat.
"Baiklah..."
Kemudian, muslimin memulakan musyawarah itu dengan umul kitab dan memberi sedikit tazkirah.
Tazkirah berkenaan Surah al-An’am, ayat 125
“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.”
"Syukurlah kita kerana Allah memberi kita nikmat Islam itu. Mungkin saya lewat sikit menerimanya berbanding dengan kalian, menerima nikmat ni sejak lepas lahir. Tulaa, hidayah tu milikNya bagi mereka yang mahu..."
Razman senyum kecil tapi nampak ada kebahagiaan di wajah itu...
"Razman awak ni Ronald ke?"
Razman berhenti senyum kemudian memandang tepat ke arah Nurin. Begitu juga tingkah Kak Za.
"Awak dulu sekolah kat SMK Seri Serdang?"
Kali ni, dahi Razman berkerut.
"Maaf, saya tak tahu nama awak. Belum berta'aruf lagi."
"Saya Nurin. Nurin Nurisha.."
Razman terdiam seribu bahasa.
Kak Za juga begitu. Perbualan yang baginya, seperti ada kisah yang dia tidak tahu......... (....bersambung)
Previous/Next? klik sini
Satu hati (pendahuluan)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan