Ibu Ayah ajak menuju Tuhan

credit to: FB Owh My Muslims!


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang Lagi Maha mengasihi. Syukur ke hadrat illahi serta selawat ke atas junjungan utusan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda. 

Ya Allah, ampunilah kami. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ibu bapa kami, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil. Berkatilah umur mereka sepertimana mereka meredhai detik-detik ujianMu sepanjang mereka membesarkan kami. Gembirakanlah hati mereka sepertimana mereka menggembirakan hati kami sehingga hari ini... Ya Allah, bantulah kami adik-beradik agar menjadi anak2 yg solehah kepada kedua orang ibu bapa kami ini. Ya Allah, hadirkanlah rasa kasih dan cinta kami ini bertaut di atas namaMu... Hadirkan kesefahaman kami dengan agamaMu. Amin.


captions: Mrs NorFisah & Mr Roslan (ibu n ayah: Venue ; i-city gallery)

..........
Ibu ayah mengajak kami menuju Tuhan. Katanya, umur sudah meningkat. 
Moga Allah memakbulkan impian mereka untuk ke tanah suci.

....
Teman2, fahami ibu ayah kalian... Mereka sebenarnya ada self-desire, tapi kita tak sedar. Priority invested mereka is kebajikan anak-anak. Makan, pakaian, rumah, belanja akademik dan keperluan lain2 semua memenuhi ruang minda mereka. Yang penting anak2 mereka membesar dalam keadaan sihat walafiat, baik n succeed whether in academic nor attitude..

Ayah pernah kata, ini amanah Allah untuk menjaga dan mendidik isteri dan ketiga-tiga anak perempuannya. Jika Allah ambil, maka ayah perlu redha kerana kami semua hanyalah pinjaman dariNya.. 

Ayah dan ibu ada juga bercerita tadi, tentang pengorbanan Nabi Ibrahim utk menyembelih anaknya Nabi Ismail atas arahan Allah SWT. Mereka sangat kagum dengan ketabahan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sangat mengutamakan Allah SWT. Kata mereka, moga mereka juga diberi kekuatan seperti itu jika diuji sedemikian...
.........

Sungguh, Ya Allah mereka berdua sangat cool di mataku, moga mereka sangat cool di hadapanMu jua..

Aku sangat2 mengasihi dan menyintai mereka...
Teman2, hargailah mereka selagi mereka masih ada...

# cuti semester diluangkan bersama mereka, sudah cukup membahagiakan hati ini.

# umurku meningkat tua. ya. '==!




Tiada ulasan: