credit to: google image search engine.
"......Tuk! Tuk! Tuk!" kuat kedengaran pintu bilik Wani diketuk. Wani segera meninggalkan meja belajarnya dan membuka pintu. Hilda yang sibuk mengemas almari sekadar memandang kosong dengan tingkah Wani.
"Wani, ada orang bagi ni kat kau... Ni nota cinta kekasih kau. Untunglah ada couple... Apapun, kau hati-hati la ek..." seorang gadis yang tidak dikenali berbicara dengan nada menyindir...
Wani menyambut kotak besar yang bercorak hati itu dari tangan gadis tersebut.
"Thanks. Awak siapa ya?"
"Tak perlu tahu kot. Aku bagi ni kat kau pun sebab tiba-tiba kekasih kau tu tegur aku kat entrance kolej tadi.. Oklah, aku gerak...", gadis tersebut melangkah pergi. Tangan Wani masih memegang kotak besar itu manakala matanya mengekori langkah gadis itu sehingga ke hujung blok. Kemudian gadis itu menoleh dan menjerit, "Kekasih kau tu 'player'. Hati-hati la wehh..."
credit to: google image search engine.
Wani biarkan sahaja jeritan itu dibawa angin lalu. Kemudian dia masuk ke ruang bilik dan menutup pintu bilik. Kakinya terus melangkah ke katil dan membuka kotak tersebut.
Teddy bear comel berwarna coklat dan setangkai bunga ros merah baldu disertakan bersama. Wani tersenyum kecil. Kemudian meneliti nota yang diberi oleh Danish Hakim,
Buat kekasih hati, Wani.
Happy Valentine Days Sayang. I would like to have a dinner and spent the moment tonight with you. Only with you sayang. You suka kan teddy bear ni? Kalau rindu, bayangkan teddy ni I ok? See you tonight at Mint Hotel pukul 8 malam. Dress up cantik-cantik ok? Love you..
With love,
Danish Hakim
"Pandai betul jantan ni tackle hati perempuan.." bisik hatinya.
Hilda menjenguk Wani di sebalik almarinya.
"Betul ke, kau bercinta dengan Danish tu sebab nak balas dendam?"
"Ya. Hilda, aku nak balas balik apa yang dia dah buat dekat kawan baik aku ni..."
Hilda diam seribu bahasa. Kemudian, mengalir air matanya...
"Semua salah aku Wani. Terlalu mudah menyerah cinta. Aku bodoh."
Wani turun daripada katilnya dan memeluk erat tubuh Hilda.
"Jangan menangis Ida. Aku akan balas balik malam ni... Cuma, aku nak mintak tolong kau dengan Razman bantu aku. Boleh ya?"
Hilda mengesat air matanya. Kemudian menjawab dalam esak.
"Ok, Hilda. Kau hati-hati ya?"
Wani sekadar senyum kecil.
"Terimalah balasan cinta aku, Danish !" monolog Wani di hati kecilnya.
....................................................................
Danish Hakim melangkah masuk entrance Mint Hotel dan terus check-in bilik yang telah lama dia tempah untuk malam ini.
Danish menanti di ruang tamu bilik hotelnya.
....."Ding dong, ding dong.." kedengaran bunyi loceng biliknya.
Danish berlari laju menuju ke pintu dan membukanya.
Wani kini berada di hadapannya. Manis, Wani mengenakan blouse putih berlengan panjang, skirt nya berwarna merah jambu. Manakala kepalanya dihias dengan selendang bercorak pelangi... Wajahnya dikenakan sedikit solekan.
"... You're mine tonight, Wani. Danish berbisik dalam hati. Danish ingin mencapai pergelangan tangan Wani. Cepat-cepat Wani mengangkat tangan.
"Sabarlah you... You ni gelojoh kan?"
Danish ketawa kecil.
Okay then, sila masuk sayang.
Wani memasuki ruang bilik tersebut. Sebuah meja bulat dihiasi dengan set pinggan mangkuk VVIP. Di hadapannya ada sebuah katil, diatasnya ditaburi dengan kelopak bunga mawar merah..
"Hebat permainan kau, Danish. Dasar anak orang kaya." bisik Wani.
"Have a seat", Danish menjemput Wani duduk di hadapannya.
Wani kemudiannya duduk.
"Thanks. So, what a surprise?"
"Ni laa, yang you tengok sekarang ni? Tak surprise ke?"
Wani hanya menjuihkan bibirnya.
"Ish, buat muka comel pula. Ni bukti cinta I pada you. You kena balas tau."
"Ok, nak balas macam mana tu, Encik Danish?"
"Have a meal first. Nanti you tau.
"Tapi I nak tengok you makan and minum dulu. Lepas tu, baru I nak makan. Cepat, makan dulu."
"Pandai pula dia nak mainkan aku," bisik hati Danish.
"Alright, I do." Kemudian Danish menyuap steak itu ke dalam mulutnya.
"Sekarang you pula."
"Nope, you tak makan habis lagi. minum pun tak lagi."
"Ish, bila plan aku nak gerak ni. Razman, cepat lah!" Wani bermonolog.
...Ding Dong, Ding Dong...
Yes!
"Alaaa.. Siapa sibuk ni?"
"You pergilah buka pintu tu. Ok, I makan dulu sambil tunggu you."
"Ok, you makan ok?"
Wani mengangguk-anggukkan kepalanya. Danish melangkah ke ruang hadapan dan membuka pintu.
Pada kesempatan itu, air yang telah bercampur dengan pil khayal itu dituangkannya ke dalam plastik yang telah dia sediakan. Wani sudah tau, itulah taktik Danish untuk bermadu asmara dengan kekasih-kekasihnya.
Selepas beberapa minit, Danish kembali.
"Siapa tu?"
"Oh, ada orang jual coklat. Well, hari ni kan valentine. Tapi I pelik, camne penjual tu boleh masuk hotel macam ni. Teruknya servis hotel ni.. You dah habis minum?"
"Yes, I dehydrate. So, I minum sampai habis."
Danish tersenyum gembira..
"... The end, Wani! The end!" sindir Danish dalam hati.
"I nak ke washroom jap. You makanlah dulu."
"Ok, jangan lama. I rindu nanti."
Wani menuju ke ruang hadapan untuk unlock pintu bilik. Beberapa langkah,
"Sayang washroom bukan kat situ. Tu you nak keluar bilik. Sinilah washroom"
Danish menuding jari ke arah bilik air itu.
"Oh I see."
Wani terus melangkah masuk ke bilik air tersebut.
Lantas mengeluarkan smartphonenya, lantas menaip mesej kepada Hilda,
"Hilda, aku dah ambil air tu. Camne nak keluar dari bilik ni? Dia da tau aku da minum air ni.."
beberapa saat kemudian, mesej masuk,
"Kau buat-buat nak keluar bilik, kata nak ambil barang..."
Wani membalas,
"Ok, kalau dalam masa 5 minit dari sekarang aku tak keluar, kau dan Razman, please do something k?"
Kemudian Wani keluar dari bilik air. Wani terkesima, Danish berdiri di hadapannya.
"Lamanya...?"
"Sorry. Danish, I tertinggal barang. So I nak ambil kejap boleh?"
"Nantilah you ambil. Stay dulu..."
Danish menarik tangan Wani dan membawanya menuju ke katil.
"Apa ni!", Wani menjerit sambil berusaha untuk melepaskan gengaman tangan Danish. Namun kekuatan Danish lebih kuat daripadanya.
"Kenapa you tak pengsan lagi ni?"
Lantas Wani mengigit lengan Danish. Danish mengerang sakit dan melepaskan gengamannya. Wani cepat-cepat berlari ke arah pintu bilik dan membuka pintu bilik itu dengan segera.
"Kami dari Jabatan Agama Islam!"
..................
"Hilda, Razman. Thanks bantu aku. I'm speechless. Ya Allah, Tuhan je boleh membalasnya."
"Aku pun nak berterima kasih pada kau. Moga Danish sedar lepas dia ditahan ni."
Hilda mengengam tangan Wani. Air matanya menitis.
"Sabarlah Hilda, Wani. Aku tak sangka, Danish tergamak melakukan perbuatan tersebut. Dia kawan baik aku... Mungkin inilah hikmah pesanan Allah kepada kita agar tidak mendekati zina.. Allah ada berfirman,
dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.(Al Isro ayat 32).
"Sungguh benar firman Allah. Namun pintu taubat masih terbuka untuk kita kembali padanya.. Allah tu, Maha Pengampun.." Razman memberi kata-kata semangat buat mereka berdua.
"Aku bukan gadis sunti lagi, Man. Aku dah kotor..." Hilda terduduk dan menangis teresak esak. Wani memeluk erat tubuh Hilda.
"Allah takkan menguji seseorang itu lebih dari tahap kemampuan kita. Kembalilah pada Dia. Anggaplah ujian ini sebagai pesanan kepada kita untuk dekat padaNya..."
Hilda terus meratap sedih.
"Terima kasih Man."
"Aku pergi dulu. Assalammualaikum..."
Razman melangkah pergi.
"Razman!" Hilda tiba-tiba menjerit.
Razman menoleh. "Kenapa Ida?"
"Persatuan yang kau sertai kat kampus tu, ada usrahkan? Boleh aku join?" Hilda berbicara satu-satu kerana esakan tangisnya masih bersisa lagi.
"You're most welcome. Aku akan masukkan nama kau nanti."
Hilda tersenyum kecil. Wani yang mengekori dari belakang Hilda turut berbicara,
"Aku pun."
Razman tersenyum kecil. Hatinya rasa bahagia kerana Allah telah menggerakkan hati mereka untuk kembali padaNya.
"Alhamdulillah..."
.......................... (bersambung)
Previous/Next? klik sini
Satu hati (pendahuluan)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan