Hati dan fizikal kawan saya, kawan kita

Sources: Google Search Engine: Muslimah emoticon



"Kurang ajar! Aku da banyak berjasa kat dia, di pijak aku selumat-lumatnya! celaka!" Piah, membuak marah!

Siti sekadar geleng kepala. kemudian menggosok-gosok belakang Piah. Lantas duduk di sebelahnya. 

"Awak sudi tak dengar saya?"

Masih merah muka Piah.

"Awak istighfar dulu."

Terkumat-kamit bibir Piah beristighfar.

Kemudian baru Siti berbicara.

"Awak.
Kadang-kadangkan,
kita rasa sakit hati bila org lain tidak mahu ambil tahu pasal kita. Lagi-lagi bila org itu sentiasa kita bantu. kita jaga dia. kita berbudi sangat pada dia.

Piah menyepi.. Siti terus berbicara,

Awak.
Kadang-kadangkan.
kita rasa kita ni tidak berguna bila kita dah buat baik pada org, tapi dia bagi tahi kat kita. Sakit kan hati kita?

"Tahu tak pe!" ujar Piah yg masih nampak tegang.

Siti tersenyum,
"Awak.
tahu tak ada kawan saya, hati dia lagi sakit. Bukankan hati, tapi fizikal dia pun berdarah."

Piah nampak sedikit tenang. Tapi telinganya masih terpasang. Siti terus berkata-kata.

Awak..
Kawan saya ni, dia banyak sangat berjasa dgn ummah byk buat benda yang baik, tidak pernah ingin buat jahat, tapi masih ada musuh mengecam dia.

"Oh ye ke?" Piah nampak ingin tahu.

"Mesti awak sakit hati macam kawan saya ni kan? Tapi awak. Sakit dia akan ke syurga. Sakit awak akan ke syurga x agaknya?"

Piah mengerutkan dahinya..

"Siapa dia?"

Siti menghela nafas kemudian menghebuskan nafas dgn perlahan.

"Kawan saya ni, kawan awak juga."

Dahi Piah makin mengerut. Kalah dahi nenek.
Siti tersenyum kecil.

"Kawan kita di Gaza."

Lantas pipi Piah dihujani dengan air mata.

"Allah Siti. malunya Piah. malunya!"

nota cinta:
kadang2 kita terlalu pentingkan hati kita, tapi kita lupa ada hati yg lagi Maha sakit tanpa kita sedar. Allah. Bila kita fikirkan ummah, hati yg sakit itu sebenarnya it's piece of cake. mende kecik jaa wa cakap kat lu. Buang dendam tu jauh-jauh. Buang!

# pray 4 Gaza.

Tiada ulasan: