Sources: google search engine muslimah talk cartoon
Bersama ibu dikasihi. Menemaninya ke taski Al-Hidayah. Ibu ajak kerana tiada teman untuk jaga adik-adik taski.
Maka aku ikut. Ibu pesan kepadaku agar pasang apa-apa kartun.
Maka, aku bukakan cerita "FROZEN". Ya Allah, dahsyat betol penangan "Let it Go" ni. Adik-adik tu hafal lagu-lagu dan skripnya. Aku agak terpana.
Aku tidak pasang lama video itu. Aku stop di pertengahan jalan. Ada di antara adik-adik kata,
"Alaa.. cikgu nak tengok!"
"Da la sayang. kamu da tengokkan? Kat rumah da adakan cd 'FROZEN'? Sekarang kita belajar."
Mereka agak kecewa. Tapi aku pujuk juga agar mereka duduk ke tempat masing-masing. Mereka akur dan patuh.
Sources: Google Search engine Frozen Images
Adik-adik pun jawab, "Daaaaa!!!"
Aku senyum. "Ok sape suka Elsa?"
Yang perempuan semua angkat tangan.
"Sayaaaaaa!!!"
"Sape suka Anna?"
Still, yang perempuan semua angkat tangan.
"Sape suka Snowman?"
Semua angkat tangan.
Ada sorang adik lelaki ni jawap lain sikit,
"Saya suka kuda!"
Aku sekadar senyum dan mengusap2 kepalanya. Budak2 ni, ish!
"Cikgu nak tanye ni, Elsa dgn Anna pakai tudung tak?"
"Taaaaakkkkk!!!"
"So, nak ikut macam mereka ke, tak nak pakai tudung?"
Semua kata termasuk lelaki,
"Tak nakkkk".
"Kenapa perempuan kena pakai tudung?"
Sorang adik perempuan jawab,
"Sebab kita orang Islam kena pakai tudung".
"Pandai! Cepat tepuk tangan untuk kawan kamu." Semua tepuk tangan.
"Ada lagi tak nak jawap? Kenapa kena pakai tudung?"
"Saya cikgu! saya!"
"Ok, kenapa? "
"Sebab kalau tak pakai tudung, nanti Allah marah. Pastu rambut kena bakar."
"Pandai! Tepuk tangan untuk kawan kamu." Semua tepuk tangan.
"Kita kena pakai tudung sebab Allah suruh. Sebab kenapa kena pakai tudunggg?"
Semua jawab dgn ceria,
"Sebab Allah surohhhhh".
"Pandai, so lepas ni jangan tak pakai tudung ok?"
Semua angguk kepala. Yang aku tak paham, adik lelaki pun angguk kepala.
# Mereka punya pemikiran yg belum dicemari. Masih punya peluang utk asuh minda mereka time kecil begini. Hati tersenyum bila jumpe dgn budak-budak ni. Soalan, cerita, mengadu. 3 perkara ni tak boleh terpisah dari minda mereka dan terluah dgn lidah mereka. Takasima gak kadang2. Hihi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan