Pasti



Status pilihan di FBku, 29/6/2014 dan di edit tanpa shortform. Agar penyampaiannya nampak lebih matang. Bismillah

Momen paling sweet sekali sepanjang berada di tanah uitm shah alam ialah berada di surau Melati.

Duduk seperti ini dalam bulatan. Selepas maghrib baca al-waqiah kemudian ta'aruf. Cuma ta'aruf kali ini perlu nyatakan azam di bulan ramadhan kali ini. Allahu. Azam masing-masing sama je, nak tingkatkan ibadah. Moga Allah berikan kekuatan.

Kemudian ada sorang adik ni mengisahkan kematian di hujung bulan ramadhan sebelum ni di kampungnya . Sungguh, kisahnya menyentuh hati ini. Allahu Akbar, mampukah aku habiskan ramadhan kali ini dalam keadaan well-prepared seperti kisah adik itu?

Bila bicara tentang mati, aku takut untuk senyum, apatah lagi ketawa.

Mari usaha untuk ramadhan kali ini. Salam berpesta ibadah. Kurangkan pesta juadah. bersederhanalah..

titipan memori, surau melati..

# Ramadhan 1: mati itu pasti.

komentar tambahan di statusku:

Afiqah Roslan kan irfa.. adik tu kisahkan. org yg meninggalkan tu pd 30 ramadhan pd hari jumaat. kemudian jenazahnya disembahyangkan after solat jumaat. jemaahnya adalah mereka yg solat jumaat ketika itu. sudah pasti jemaahnya ramai. Allahu. sgt elok Allah ambik dia 

Tiada ulasan: