Sources: google images search tools (muslimah talk cartoon)
Status pilihan di FBku, 2/7/2014 dan di edit tanpa shortform. Agar penyampaiannya nampak lebih matang. Bismillah.
Bila lihat kertas itu serta isi soalannya, aku tersenyum.
Ada seperti yang dijangka, ada yang tidak dijangka.
Biarlah kali ke berapa pun, kali ini aku tidak mahu terkesan dengan isi kertas itu lagi.
Aura positif masih tersemat di hati apatah lagi di minda. Aku membalas isi kertas itu. Terluah dan termuntah segala apa yang telah dipelajari ke atas kertas kosong pemberian kampus.
Cepat. Dan pastinya tidak mahu dikosongkan.
Komentarku terhadap kertas itu tiada.
Aku jawab. Aku lega. kerana aku telah berusaha. Sekarang, Allah je yang ada. Dan aku hanya punya doa.
Senyum dengan redha.
Ini bulan ramadhan.
Aku yakin ada yg istimewa.
Aku tak tahu.
Tapi Kekasihku tahu.
3 to go. Bismillah titipan memori, DATC.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan