Sadaqah

Sources: google images search engine (scooter cartoon)

Status pilihan di FBku, 9/3/2014 dan di edit tanpa shortform. Agar penyampaiannya nampak lebih matang. Bismillah.


Al-kisah tengahari tadi... Seorang hamba Allah digerakkan hatinya untuk meminta derma dariku..

Ketika itu aku sedang "lock scooter" perangku.. Dia memohon derma untuk pembinaan masjid di Kuala Lumpur. 

Maka berlakulah dialog antara aku dengan dia. Dia kecek kelate. Seperti biasa, aku loading bila org kelate ni bicare. Memang loghat kelate die pekat sokmo la deh.. lebih kurg ginilah..

"Kak, ni nok mintok derma sikik." Kemudian dia pun menghulur fail untuk beri penjelasan tentang kutipan dermanya..

"Oh, dah siap la ni masjidnya?"
Aku bertanya setelah melihat gambar di dalam fail tersebut yang awalnya under construction.

"Doh siap. Sekarang saye hok kutip utk aktiviti mesjed. Sebenarnya malu nok mintok pada akak kutipan2 ni.."

ecehh aku pun mengecilkan mata macam paham 100% bahase klate ni..

"Asal pula nak malu.. awak bantu agama Allah. hok lain tak yah pandang. pandangan Allah tu utama."

Dia tersengih manusia.

"Yolaa kak. yang penting jujur".

Aku pun senyum..
"betul tu awak kena jujur wat keje ni"

Lalu aku hulurkan sedikit pitih (duit kan?) kepada dia..

Dia sambut dan catat ke dlm resit..

"Terima kasih kak."

Sungguh dulu aku ade persepsi tidak percaya dengan golongan pengutip derma.. Yelaa, bimbang duit yang aku beri tu disalah guna oleh mereka.. Al-maklumlah terlalu banyak sangat bace artikel-artikel pengutip derma menyeleweng.

Ibuku pesan,
"Along derma je, die menyeleweng itu hal die dengan Allah. Kita memberi biar berniat kerana Allah. Nak bersedekah jangan ade rase ragu-ragu nanti hilang berkat.."

Wahai pemegang amanah dalam aktiviti mengutip derma, zakat, agen-agen dan pengurus-pengurus kutipan..

Jujurlah kalian dalam melaksanakan pekerjaan ini.. Mungkin pemberi tidak perasan tapi Allah perasan setiap apa yang kalian lakukan..

Jangan biar pengutip derma berdosa dan jangan biar pemberi derma juga berdosa.

Bimbang sedekah dianggap mulia menjadi fitnah di sisi manusia.

 Allah, apa lagi momen sweet Kau nak bagi? bahagia

Tiada ulasan: