Satu Hati (Bah. 7)



Nurin Nurisha duduk di beranda ruang luar biliknya. Ada meja bulat di situ. Lantas dia membuka komputer ribanya dan check Yahoo Messenger (YM).

Kelihatan masuk satu email di inbox YM nya. Seperti yang disangka, dari Devi Catherina. Kawan Nurin Nurisha yang beragama hindu. Nurin dan Devi sudah lama berkawan, dari zaman sekolah menengah lagi. Jemari Nurin Nurisha menggerakkan cursor dan klik email dari Devi.

"Hai, Nurin! Long time no see! How are you? I rindu dengan senyuman you yang cool tu! Suasana di India agak berbeza dari Malaysia. Kalau I pergi di ceruk perkampungan. I speechless so much. God! Many Indian are starving, homeless and poor. Thanks God, I study in India Town. For the first time, not comfortable, lama-lama I ok. I rasa kau tahu kan, I need your help. I dapat task, for my thesis, ,Why Muslim Woman wearing Hijab?' Arisya dah beritahukan? Here I drop some information that I need from you. Actually I have to find about 10 Muslim Women from different countries. Mencabar for me!"

1. Why Muslim Woman MUST cover her whole body in front of other man who are not related with her?

2. What is the best fashion of Muslimah Hijab?

Nurin, there are many words I am not familiar with it. For instance, Hijab and Aurah. What was that? 

Advance thanks to you, Nurin :)

..................................................................

Nurin tersenyum. Kali ni, Devi mencampur adukkan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Dulu ketika sekolah, sangat melekat Bahasa Melayunya. Malah, Devi pernah menjadi satu kumpulan dengannya dalam pertandingan Pantun. Agaknya, sudah lama berada di India, maka dia sudah terbiasa dengan Bahasa Inggeris.

Jemari Nurin menggerakkan cursor dan klik button reply, lantas mengetuk papan kekunci komputer ribanya.

Hello Devi! Saya sihat sahaja. Syukur Alhamdulillah. Saya pun rindu awak. Your hindustani style! Seronok saya dapat cerita pengalaman awak di India. Saya nantikan ole-ole dari India kalau awak balik ke Malaysia. Ya, saya dapat pesanan dari Arisya. Seriously, I'm happy with this email. Teringat you had ask me about Tudung during our secondary school.  InsyaAllah, I'll try my best to answer those questions.

Devi, benarkan saya terangkan maksud Aurah dahulu. Aurah ialah satu perkataan yang berasal dari Bahasa Arab. Dan maksudnya ialah bahagian anggota badan yang wajib (MUST) ditutup dan haram (not allowed) untuk dipamerkan kepada orang asing.

Manakala hijab ialah cara menutup aurah bagi lelaki dan perempuan yang sempurna.

1) Why Muslim Woman MUST cover her whole body in front of other man who are not related with her?

2) What is the best fashion of Muslimah Hijab?

Both questions you ask, already answer by Allah in Holy Quran. Here is my Allah's answer:


O Prophet, tell your wives and your daughters and the women of the believers to bring down over themselves [part] of their outer garments. That is more suitable that they will be known and not be abused. And ever is Allah Forgiving and Merciful. (Holy Quran, 33:59)

Devi, wanita Muslim wajib menutup aurat kerana Allah sangat menjaga maruah wanita daripada diganggu oleh musuh-musuh yang cuba mengambil kesempatan ke atas wanita muslim. Selain itu, adalah demi untuk menjaga keturunan muslim itu sendiri. Jika wanita muslim tidak menjaga aurat mereka, sudah pasti mereka akan didekati oleh lelaki-lelaki tanpa maruah. Konflik akan berlaku jika berlakunya perzinaan (seksual sebelum kahwin). Kemudian wanita itu mengandung dan anak itu tidak dapat ditentukan keturunannya. Sebab itu wanita Muslim wajib (MUST) cover her aurah.


Wanita Muslim dibenarkan berfesyen untuk bertudung dengan syarat menutup aurah. Iaitu, tudung itu perlu labuh dan menutupi dadanya. Kerana ia adalah perhiasan wanita yang wajib disembunyikan.


Itu sahaja jawapan saya. Jika awak sudi, belilah al-Quran with English Translation. InsyaAllah, awak akan nampak keindahan Islam.


Kemudian Nurin klik button send.


"Moga Allah menggerakkan hatimu Devi, untuk mengenali Islam," bisik hati Nurin Nurisha.


Nurin Nurisha menghembus nafas. Lega! Tiba-tiba berbunyi handphonenya. Menandakan satu mesej masuk. Tangan Nurin mencapai handphone yang terletak di hujung meja bulat itu. 


"Nombor tak dikenali?"


Ibu jarinya, menekan button open. Kemudian terpaparlah mesej itu di skrin handphonenya.


"Salam, maaf menganggu awak. Saya Razman. Awak ketua unit usrah muslimat persatuan kitakan? Nombor awak saya dapat dari Kak Za."


"Ronald?"


Kemudian Nuri membalas ringkas mesej itu.


"Ya."


Dan sent kepada Razman....



............ (bersambung)


Next/previous? (klik sini)



Tiada ulasan: