Status pilihan di FBku,1/3/2015 dan di edit tanpa shortform. Agar penyampaiannya nampak lebih matang. Bismillah.
Aku turun dari kereta saga FLX begitu juga adikku, ibuku dan ayahku.. Mataku terus tertancap di ruang serambi rumah atok. Kelihatan wan berbaring di atas bangku panjang. Bapa saudaraku juga kurang sihat duduk bersila di tepi serambi. Wajahnya tersenyum. Al-maklumlah, abangnya dan anak-anak buahnya pulang ke rumah...
Air laut nampak tenang dan surut tiada angin. Sunyi.
"Along! Along!"
"Ya Pak Uda."
"Along cuti ye?"
"Tak. sekarang tengah keje. Harini cuti la.."
Sambil tu aku memunggah barang di bonet. Ada beberapa barang di bawa untuk wan dan atukku guna. Semenjak akhir-akhir ni, dua orang insan yang aku kasihi ini, kesihatannya kurang stabil. Atok dan wan aku. Ye, atok dan wan aku.
Aku terus mengangkut barang masuk ke rumah dan menuju ke dapur. Di bahagian dapur, ada ruang solat. Sejadah terhampar di situ dan ada sebuah kerusi turut diletak dihujung sejadah.
Hatiku berbicara sedikit sebak
"Atuk dah tak larat nak berdiri untuk solat..."
"Atuk dah tak larat nak berdiri untuk solat..."
Aku terus naik ke serambi menyalami pak uda..
"Pak Uda sehat? Mana atok?"
"Sehat. Pak Uda makan ubat. Atok pergi beli makanan.."
Aku mengangguk kepala kemudian menuju ke arah wan. Salam kemudian mengucup pipinya.
"Wan dah kuat tak ni? hek hek..." aku bergurau angkat tangan dia buat ala2 tangan berketul..
Wan aku ketawa.
"Wan da kuat..."
Kemudian aku duduk di sebelah bangku dia.. Ayah, ibu dan adikku duduk bersila sama di serambi tu..
Ayah memecah kesepian 2 saat itu..
"Mak dah makan belum ni.."
"Mak tak nak makan.."
"Eh kena makan. jap lagi Lan suap mak makan..."
Nenekku masih terbaring kat atas bangku. Nak tak nak melayan kehadiran kami.
"Along n nina gi kemas dapur, buat la apa yang patut. Bagi atok rehat harini."
Aku dan adik akur dan terus turun dari serambi. Masih ada pinggan mangkuk tak berbasuh, Baju di mesin juga begitu. Bilik air juga begitu... Maka aku dan adik berbagi kerja. Bersih semampu mungkin. Sungguh, Atuk dan Wan dah tak kuat lagi.
Sedang kami mengemas, atuk pulang...
"Assalammualaikum...." wajah atuk sedikit ceria.
"Eh, Atok!" Aku dan adik terjerit kecil kemudian menyalami atok. Di tangannya ada beberapa bungkusan makanan.
Adikku bertanya,
"Atok beli nasi sekali ke?"
"Atok beli nasi sekali ke?"
"Tak beli. Kena masak."
"Ok nanti kami masak ye tok."
Atok aku tersenyum dan mengangguk-angguk kepalanya dan beredar...
Seusai mengemas dapur, membasuh, menyidai baju dan tanak nasi, aku terus menghidang makanan. Aku buka tudung saji. Banyak makanan yang tak habis. Wan dan atok dah tak banyak makan...
Sesudah itu, aku dan adik kembali ke serambi.
"Mak kita mandi ye. Lan mandikan mak.."
Aku dan ibu lihat sahaja. Begitu juga adik, atuk dan bapa saudaraku.
Dia merengek.
"Mak tak nak. Sejuk.."
"Meh Lan cium mak. Hah mak melantung ni. kena mandi.."
"Tak nak. sejukk.."
Ayah aku nak angkat kemudian dia mengerang sakit.
"Tak mau sakit.."
Akhirnya ayah surrender.
"Kalau mak tak nak mandi, mak makan ye... Selagi mak tak makan, Lan tak balik.."
"Tak nak, mak da kenyang..."
"La, pergi ambik kan makanan. Mak kena gak makan. Nanti lemah..." ayah meminta ibuku ambil makanan. Ibu kemudian turun.. mata ku hanya melihat pemergian ibu...
"Along, ina.. Kalau ibu dan ayah macam ni, kalau dia kata tak nak makan, bagi juga dia makan. Sebenarnya, dia nak kita layan makan.. Seorang mak yang sakit nak manja dengan anak..."
Aku dan adik hanya terdiam. Nak menangis pun macam hati kering. Aku tau, menjaga orang tua yang sakit sebegini bukan mudah. Aku perempuan. Dua orang adikku lagi perempuan. Jika kami berkahwin, entah aku dapat jenguk ke idok ibu dan ayah kalau sakit. Yelah, komitmen untuk suami lagi, anak2 lagi... Belum tau lagi sikap suami macam mana. Dia izin atau tak. Kerjaya lagi. Aku pun tak tau nak kata apa2.
Ibu tiba dan terus menyuap nenekku. Nasi dan masak asam pedas. Ibu kecal2kan lauk tu.
"Mak tak nak.."
Ayah memujuk..
"Jangan macam tu mak... Mak kena makan nanti bole jadi kuat... Makan ye mak..."
Dalam kebaringan si uzur ini membuka juga mulutnya dan makan.
"Ha, sedapkan wan asam pedas?"
Wan nampak berselera. Ibu menghulurkan suapan kedua, ketiga, keempat dan seterusnyaa... Di selang selikan dengan suapan air.
"Mak nak bangun.."
Ayahku terus membangunkan wan. Dia duduk tegak. Nampak segar.
Aku kacau wan aku...
"Yay, wan da bangun. Wan da sehat..."
Wan aku tersengeh. Senyum...
"Mak kenal tak sape ni?"
Ayah bertanya, jarinya menuding ke arah ibuku..
Ayah bertanya, jarinya menuding ke arah ibuku..
"Ni orang lama.."
Aku tersenyum. Wan da lupa.
"Yang ni wan ingat?" Aku pula bertanya..
"Ni orang baru.."
"Adui, kalau macam tu nina pun wan tak ingat.." Adikku pula bersuara sambil menjuihkan bibirnya.
Wan aku tersenyum...
Allah, hati aku sangat tersentuh. Beginikah rupa aku di kala usia tua?
Ayah, ibu. Anakmu ini tak tahu mampu menjaga kalian sebaik mungkin di kala usiamu menjengah tua. Tapi akanku cuba sedaya mampu. Rasa bersalah kadang2 jadi anak yang degil dan buat kepala sendiri.
Ayah, ibu. Anakmu ini tak tahu mampu menjaga kalian sebaik mungkin di kala usiamu menjengah tua. Tapi akanku cuba sedaya mampu. Rasa bersalah kadang2 jadi anak yang degil dan buat kepala sendiri.
:')

Tiada ulasan:
Catat Ulasan