Status pilihan di FBku,31/8/2014 dan di edit tanpa shortform. Agar penyampaiannya nampak lebih matang. Bismillah.
Seorang adik bertanya kepada muslimah dewasa.
"Akak, Did any islamic boy loves to flirt you?"
Muslimah itu senyum.
"So far akak tak jumpa lelaki yang cintakan Allah ni, mengorat pompuan."
"Macam mana akak tahu?"
"Something wrong kalau lelaki islamik ni suka mengorat. Nak dengar cerita akak tak?"
"Nak."
Ada sorang kawan akak, sangat rapat la.. Baik orangnya. Jaga agama. Bercinta, lagilah tak ada masa! Sampai satu masa, akak dapat kad jemputan dari dia. Akak sangat terkejut!"
"ok, lepas tu?"
"Lepas two, three.. haha!"
"ishhh.. akak!"
"Akak sangat terkejut, bakal suaminya itu seorang yang sangat hebat agamanya. Kalau adik nak tau, kami sume ni satu persatuan yang sama kat kampus. Akak tanya kat kawan akak ni, dia bercinta ke, time aktiviti persatuan? Lantas dia jawab, 'Tidak pernah. Kalau kami berurusan pun sekadar aktiviti persatuan. Tidak pernah walau sekali cerita tentang hati.'
"Wow... lagi kak?"
"Lelaki itu tidak mengorat kawan akak ni, tapi dia call ibu dan ayah kawan akak ni. Katanya ingin menyunting kawan akak sbagai isteri. Kawan akak sendiri sangat tidak sangka dengan tindakan dia itu.."
" Sweetnya kak.."
"Tulaa.. akak pun rasa sweet. Tapi dik, nak dapat lelaki yang cintakan Allah ni, kita diri sendiri kena cintakan Allah juga."
"Hmm... betol kak."
"ok turun kete sekarang, buka pintu pagar."
"eh dah sampai rumah.."
# lelaki yang dah berkopiah dan telah dicop sebagai islamik, jangan cemarkan cop ini. Begitu juga gadis muslimah yang telah bertudung labuh. Kalian antara produk yang membawa agama Islam smile emoticon

Tiada ulasan:
Catat Ulasan