
Saat senja menjengah malam nirmala,
Aku tatapi panorama bandar kerlipan
Jurang zaman kian terserlah
Bermonologlah aku bertanya sendiri
Inilah keringat sang pemimpin gagah
Kuat dan kental kebal hadapi dugaan
Biarlah pancaroba melanggar diri jatuh
Janji tanah air kecapi gemilang!!!
Rentaslah jutaan lautan api
Pijaklah onak duri menyembilu
Tiada gentar akan senjata moden
Tiada gigil akan panahan tombak
Tiada lemah jika dihunus pedang
Campaklah segala-galanya
Takkan mungkin luluh
Semangat sang pemimpin!
Jangan cuba kau cemari tanahku
Wahai penjajah durjana!
Risalah semarak jiwa disebarkan
Semangat patriotik dimantapkan
Bergabung padu dalam pasukan
Megah dan bangga panji dikibarkan
Biarlah putih tulang jangan putih mata
Laungan protes bergema di medan perang
Jangan lenyapkan Negara kerana derhaka
Duhai rakyat ini tanah usul kita!
Sememangnya hak milik abadi buat kita!
Ingatlah dan kenanglah aduhai anak muda
Junjungilah warisan tanah ini
Sesungguhnya engkau, pewaris mereka!!!
26 Mac 2009 yang lalu, aku telah menyertai pertandingan pantun peringkat daerah. Walaupun gagal berada di tempat pertama dan kedua, aku dah berjaya ke peringkat separuh akhir. Haha! SMK Seri indah terlalu hebat. tak boleh nak buat pe. SMK Seksyen 3 yang first menghantar wakil berjaya di tempat kedua. Congrats korang! Aku takde snap untuk dipamerkan. sorry. Tapi, time nie adalah satu pengalaman aku. HEhe. Buat Azhir & Aiza, kita dah buat sehabis baik kan? No 3 un, ok what?
Sehingga di sini sahaja cerita aku! Salam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan