
11 April 2011, haiwan kesayangan aku ini pergi buat selama-lamanya.
kelakar ye, kalau seorang manusia menangis kerana haiwan sahaja? Dulu, aku ketawakan orang if ada member menangis sebab kucing dorang mati. Now turn aku, terasa bila sonny dah tak ada aku sedih. MasyaAllah, masih timbul kasih sayang aku terhadap makhluk selain daripada manusia. Tapi, Alhamdulillah. Aku menangis sekejap sahaja. Aku perlu menerima, Allah Swt ada sebab mengambil sonny daripada family aku.
Aku rasa sekejap je, kami jaga sonny. Aku selalu dengannya time cuti semester. Ada satu time tu, aku tengah tonton movie, sambil membiarkan dia lepas di halaman rumah. Tiba-tiba, dia sergah notebook aku, dan ganggu aku tonton movie. Dia mungkin geram sebab aku tak layan dia. Sangat comel dia.
Adik aku pun ada kata, setiap kali adik aku pulang dari sekolah, dia pasti terlompat-lompat menyambut mereka.
Masa dia mati, 11 April 2011. Aku baru habis 1st paper final exam di matrik. Petang tu, aku dinner. Terkejut gak aku . tapi aku perlu tabah. padahal time tu aku dah teresak-esak. hee !
Semalam aku ke Masjid Jamek dengan famili sebab nak beli kain untuk raya. Then lepas dah habis beli, ayahku ada singgah satu kedai yang jual cd ceramah Ustaz Kazim. Sebelah kedai tu cybercafe. Aku tak sangka ada dua ekor arnab diletak di hadapan kedai tersebut untuk dijual. Satu putih, satu hitam. Yang hitam nampak tak aktif. Tapi yang putih sangat aktif. Aku and adik-adik main-main la dengan arnab putih tu.. Aku belai-belai, dia gigit jari aku. kurang asam ! Dia membuat aku teringat pada Sonny.
Ayah and ibu aku baru habis meninjau kedai sebelah. Dia nampak kitorang main dengan arnab-arnab tu. Ibu aku pun sama tengok.
"Amboi comelnya".
Ayah aku, senyum.
"Dia jual ke?"
Aku senyum.
"Entah, tapi kat sini dia ada tulis no phone tuannya."
Ayah aku hanya senyum dan mengajak kitorang balik. Haih, hampa. ingatkan ayah aku nak beli. Tapi, tak pe. Mungkin ayah aku ada sebab buat tak tau.
Ibuku ada kata,
"Kadang-kadang ibu teringat juga pada Sonny. Ye laa, time ibu kupas keledek, selalu datang kat ibu, pastu dia makan kulit keledek ni..."
Dialog aku dan ibu after 1 hari aku tamat pengajian matrik. Ibuku pun sedih.
Aku sedar bahawa, kami sekeluarga ada sikap penyayang. Apa kata, kumpulan JAMBU, 'MUKA LEGION TAPI HATI CUTE"... ohh pelik plak tagline ni.. hehe. Bukan, tapi kerana pencipta kami adalah MAHA PENYAYANG. sebab tu, kami hamba-NYA, bersikap penyayang...
"Orang yang penyayang akan disayangi oleh TUHAN yang MAHA PENYAYANG.. Maka sayangilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kamu..."
(hadis Qudsi)
Itu sahaja..
Wassalam... (^-^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan