Kahwin oh kahwin!


Wah lama aku sepi! Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Aku? Alhamdulillah sihat. Tak nak merepek. Nak berkisah tentang kisah sedihku... Yelaa, Imam Muda Hassan telahpun berkahwin. Imam Muda Hassan, juara imam muda kedua. Yang pernah aku kisahkan pada post yang lalu, aku meminatinya... Alhamdulillah, kini Imam Muda ini telahpun diijabkabulkan.. Zawjahnya ialah Fardatul Urfah. Sweet sangat pertemuan mereka ^^.


Tahniah Imam Muda Hassan!

Salam pengantin baru!

Bagi aku pilihan hati Imam Muda Hassan pasti kerana agamanya.

Dinikahi wanita itu kerana empat perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu. ( Riwayat Muslim)
Boleh aku berkisah sikit hal perkahwinan?

Aku harap, semasa kita menghadiri walimatul urus ataupun majlis akad nikah, silalah mendoakan pasangan tersebut. Usah berkata yang bukan-bukan, seperti menyatakan mereka tidak sepadan, bagai pinang dibelah empat tu semua. Tapi doalah agar hubungan mereka berkekalan dan diberkati Allah SWT. Adalah lebih baik mendoakan pasangan pengantin :

Barakallahu laka wa baa roka a'laika wa jamaa' bainakuma fii khoir.
Maksudnya : Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atas mu dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan. (Riwayat Abu Daud)

Aku nak kahwin. Anda mahu berkahwin? Baguslah. Itukan sunnah Rasulullah.

Saya menikahi wanita maka barang siapa yang tidak suka dengan sunah, maka bukanlah dia daripada golonganku. (Riwayat al-Bukhari)

Jika anda memilih untuk berkahwin awal, pastikan persediaan mental dan fizikal mantap. Bagi aku, perkahwinan bukan suatu permainan. Tapi, perkahwinan adalah suatu tanggungjawab. Tanggungjawab yang boleh menguji kemampuan seseorang. Malah hubungan suci ini, diambil kira di akhirat kelak.

Apabila aku buka FB, ramai rakan berkisah tentang perkahwinan. Mungkin disebabkan peningkatan umur ke 20-an sebab itu ada pemikiran sedemikian. Baguslah. Persediaan kan? Tapi jangan lupa juga, berkisah tentang kematian, kerana ia juga memerlukan persediaan.

InsyaAllah, post kali ini untuk diriku sendiri.

Tiadaku aku tahu aku bakal zawjah kepada ikhwan siapa?

Mungkin juga aku tidak punya ikwan untuk bakal permata hatiku...

Segalanya, aku serah padaNya...

Teringat satu grafik dakwah di FB, pemberian ukhtiku, Ashikin Kamarul

You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married with Firaun but it did not actually changed her (aqidah).

You might be married to the best man e.g; the prophet of Allah, on earth but it doesn't mean you're going to Jannah with him like the wife of Nabi Luth a.s

You might not married to any man like Maryam but Allah put you higher than other woman on earth.

InsyaAllah, hingga di sini sahaja. Salam.

Ma fii Qalbi ghairullah... (tiada dalam hatiku melainkan Allah)

Sumber Hadis : Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul

2 ulasan:

Iman Lurv Islam berkata...

lah tahzan...wah, xmcm afiqah yg aku kenal dulu...apapun, alhamdulillah...

wah, aku suka ending tuh..sangat mendalam maksudnya....InsyaALLAH, ada jodoh utk ko...aku doakan ye...

nnt nk walimah, jgn jumpa jemput aku ye...hehehe....

Afiqah Roslan berkata...

Hihi.

Moga2, aku dpt istiqomah.

Syukron. InsyaAllah.

Walimah? InsyaAllah. tu mesti surprise.