oh laman sesawang oh rangkaian sosial.

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Aku pun Alhamdulillah sihat. Kalau sakitpun, tidaklah teruk sangat ^^.

Hmm, ape ye kali ni aku nak kisahkan?

InsyaAllah, aku sedaya-upaya memastikan entri kali ini bermanfaat buat diri sendiri juga sahabat-sahabat sekalian.

LAMAN SESAWANG.

Waa? apakah itu. Laman, mungkin tau, sesawang? Hihi.

Pi google sekarang !

Oklah, pada yang sedang view aku punye page sekarang ni, anda sedang berada di laman sesawang. Bak kata mek Salleh, laman sesawang ialah website.

blogspot vs wordpress



RANGKAIAN SOSIAL

Mungkin anda tidak biasa dengan perkataan ini. Tapi, kalau disebut dalam bahasa inggeris sudah pasti anda lebih arif, social networking. Bila sebut social networking, sudah tentu sekali dalam benak anda keluar FACEBOOK(FB) ! TWITTER.

Twitter backup facebook?


Dan aku sangat pasti, inilah antara entertainment for human beings nowadays. Tak bukak FB satu hari, cam tak lengkap je dalam aktiviti harian. Betul dak? Haha, bukan anda je, aku pun begitu. FB ni kadang-kadang dah jadi peneman kalau aku tiada aktiviti luar rumah. Tapi, bagaimana ye, nak gunakan rangkaian ini dengan sebaik mungkin? Dan kalau boleh, diredhai Allah SWT?

Ini antara cadangan aku :

Banyakkan status tazkirah.
Bagilah sepotong ayat Al-Quran atau hadis. Mungkin dengan sumbangan status anda yang ada mutiara kata seperti ini, akan menjentik hati sahabat yang membacanya.


"Dan (ingatlah!) ketika Allah mengambil perjanjian setiadaripada orang-orang yang telah diberikan kitab, iaitu: Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya .." ( Surah Ali Imran ayat 187).


Jangan biarkan tazkirah di wall anda sepi untuk diri anda sendiri, tetapi anda juga ada tindakan terhadap tazkirah tersebut. Kalau anda mengajak sahabat anda solat dhuha, maka anda perlulah laksanakannya. Jangan biarkan sepi. Kalau niat anda untuk mendapat hit, like sahaja, ketahuilah, ini akan menimbulkan riak dan ujub pada diri anda.

kalau boleh, biar ada button dislike sekali.
kalau ade dua2, aku tak payah nak komen dislike.


‎"sesungguhnya sesuatu yang paling saya takuti bagi kalian adalah syirik kecil.'para sahabat bertanya,'apa syirik kecil itu ya Rasulullah? 'Rasulullah menjawab,'Riya.''(Riwayat Ahmad)
Maka, sahabat sekalian, pastikan apa yg anda lakukan adalah niat yang betul. Biarlah untuk mendapat redha Allah SWT, bukan lain.

Join, subscribe atau add page/group dakwah.
Selalunya, dengan cara ini, wall home kita, dipenuhi dengan tazkirah dan tiada perkara yang me'lagha'kan. Inilah yang aku lakukan sekarang, aku sukar sekali untuk menghadiri majlis ilmu, maklumlah masalah transport. Jadi melalui rangkaian FB, aku dapat update video terkini majlis ilmu dari para pendakwah terkini seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim, Ustaz Don Daniyal. Malah aku aku ada subscribe Hilal Asyraf, Aiman Azlan, Syabab Musafir Kasih dan banyak lagi. Alhamdulillah, banyak post yang disampaikan oleh mereka ini semua terkesan pada aku. Kadang-kadang ada hal yang aku tidak tahu, selepas menelusuri page mereka, aku tahu hal tersebut kemudiannya. Malah, ada beberapa sahabat lamaku, telah berhijrah seperti aku juga. Kalau dulu tidak pernah post hal ketuhanan, kini mereka join page Ustaz Azhar Idrus, banyak status bermanfaat yang mereka postkan. Alhamdulillah, Allah akan memberi petunjuk pada mereka yang mahu.

Sungguh, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. (surah Al Qasas: 56)

Add/approve kawan yang boleh memantapkan iman
Kat sini, aku nak tegaskan, bukannya aku nak suruh korang jangan kawan orang yang tak boleh memantapkan iman korang, tapi lebihkan kawan yang boleh memberi santapan rohani pada korang. Ada kawan yang boleh menegur korang di laman sesawang atau di rangkaian sosial jika ada kekhilafan. Sebab kawan ni, sebenarnya seseorang yang penting untuk membentuk diri kita sendiri. Walaubagaimanapun, kalau korang boleh jadi sahabat yang dapat memantapkan sahabat lain, sangat dialu-alukan add/approve sahabat yang mungkin kurang disuapkan perihal kerohanian. Contohnya, ada satu kali tu, aku sedang syok scroll tazkirah, tiba-tiba ada satu status daripada salah seorang sahabat FB ku kata "Salam Zohor! Jom Solat." Melalui status ini, aku berhenti daripada khayal di depan FB terus sign out dan menunaikan solat. Nampakkan, kepentingan memilih sahabat di laman sosial? Sahabat yang baik apabila dia mengingatkan kebaikan apabila kita terlalai.

Jangan mudah percaya sebelah pihak sahaja
Sekarang ni, laman sesawang mahupun rangkaian sosial gemar menjajah perihal yang kadang-kala boleh menimbulkan fitnah. Malah, fitnah tersebut menyebabkan ukhuwah yang terjalin dengan elok tiba-tiba berpecah-belah.

....Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. (Al Baqarah: 192)

Perihal tersebut mungkin dalam bentuk ilustrasi, grafik, tulisan ataupun lisan. Jangan mudah percaya bulat-bulat. Kalau boleh, siasat pendapat kedua-dua belah pihak. Baca pendapat mereka, fahami, kemudian menilai. Kalau bermanfaat untuk umum, barulah klik button "like" atau "share".

InsyaAllah, sehingga di sini sahaja entriku kali ini. Seandainya ada kekurangan, anda boleh menambah. Kerana ilmuku masih terhad. Jika ada kesempatan akan update lagi. Nak dekat masuk sem baru sudah.

Oh ya, ada yang terakhir, anda semua jangan ketepikan Al-Quran dan hadis dalam kehidupan anda. Sesibuk manapun, luangkanlah masa untuk membacanya. Biar sekali dengan tadabbur. Lebih baik lagi jika ada bimbingan pakar, agar kita tidak tersalah tafsir dengan penyampaian ayat Al Quran dan Hadis.

Dan berimanlah kamu kepada apa (Al-Quran) yg telah Aku turunkan yang membenarkan apa (Taurat) yg ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang yg pertama kafir kepadanya. Janganlah kamu jual ayat2-Ku dgn harga murah, dan bertakwalah hanya kepada-Ku. (Al Baqarah:41)

Jangan menolak hukum Allah dan pesanan Rasulullah SAW ^^.



La ilaa ha'illAllah, muhammadur rasulullah.

4 ulasan:

Iman Lurv Islam berkata...

wah, nice entry...harapnya niat kita utk berdakwah di alam maya terpelihara...kadang2, kita xleyh terlalu mengharap org utk memberi...kan tgn yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima

Afiqah Roslan berkata...

betul tu! Aku setuju.

Nazri berkata...

Cuma kdg2 kecewa jgk bila ramai yg suka post tentang hadis yg dhaif, kisah2 israiliyat, dan lain-lain mende yg x bersumberkan sesuatu yg sahih...

Lebih teruk bile dihuraikn pulak dgn cara yg berat sbh dek kerana pengaruh politik dan sebagainye..

mereka x buat rujukan atau mengkaji dulu sblm sebarkn bende2 tu.

Anyway, nice entry fiqah. Keep it up! hehe

Afiqah Roslan berkata...

hmm betul cikgu ^^.

hadis dan Al Quran klu nak dipamerkan kat alam maya ni, make sure dikaji dulu maksudnya.

Thank u cikgu. InsyaAllah ^^.