uiihh, lawa kot gadget ni!

Assalammualaikum wbt.

Kaifahaluki sahabat sekalian? Sihat ka? Tak sihat? Alhamdulillah, Allah sangat merindui keluhan kalian. InsyaAllah, akan sihat juga nanti. Aduh, rindu betul aku nak mengetuk papan keyboard ni. Ya, sekarang sedang cuti pertengahan semester. InsyaAllah, esok aku akan kembali ke kampus di Shah Alam, bersama semangat yang agak terbeku selama seminggu ini. 

Apa ya, aku nak repekkan kali ini?

Oklah, kali ini aku ingin berkisah tentang G.A.D.G.E.T.

Apa jadah ka ini?

Baiklah kawan-kawan yang dikasihi, pi google sekarang ye!

Wah, muncung ka? Huhu...

Oklah,

Oxford English Dictionary said that, G.A.D.G.E.T is a small mechanical device or tool...

OK, faham ka?
Anda tak faham sebab masalah English saya, atau English anda?

Ok, masalah English saya. [take a breath, and:]  Oh, my English!

Baiklah, gadget merupakan satu alat teknologi kecil, contohnya telefon bimbit, tablet pc, iPod dan banyak lagi.

 Xperia X8, kesayanganku kini. InsyaAllah, gadget ini bukan untuk melalaikan diri ini.

Izinkan aku ambil contoh mudah bagi gadget, iaitu telefon bimbit. Sebab ini sahajalah gadget yang paling aku dekat sekali.

Aku cuma mahu korang semua, check dalam handphone korang, apakah lagu yang korang dengar? Adakah lagu yang korang dengar tu, dapat mengingatkan diri kalian pada pencipta?

Ada lagi satu soalan, adakah handphone korang itu, dipenuhi dengan games yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kalian?

Hah, awat dok baca lagi, rayau lah handphone korang tu?

.............................................................................

InsyaAllah, aku bukan sesiapa untuk menegur. Tapi, paling penting untuk menegur diri sendiri.

Kalau aku, hanya menggunakan android dari gadget ini dengan men 'download'. Kamus dwibahasa, Kamus oxford, wordsearch games, ada lagi game lain dan juga iQuran. Alhamdulillah, gadget ini sangat multifunction untuk aku sebagai seorang pelajar. Bagaimana pula anda yang mungkin menggunakan  gadget yang lebih canggih? Pasti lebih bermanfaatkan gadget tu?

Aku akui, gadget canggih memang mudah melalaikan. Tapi, terserahlah pada tuan punya gadget untuk menguruskannya agar bermanfaat. Dan aku akui, dunia sekarang sangat canggih, sehingga kita lupa, apa yang paling perlu diutamakan di dunia ini.

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?"
(Surah Al-An'am : 32)

Usah biarkan gadget ini melalaikan anda. InsyaAllah, pesanan untuk diriku juga yang mudah alpa dan terlupa.

"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita dan perkara hiburan yang melalaikan, yang mengakibatkan boleh menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah SWT dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan, merekalah orang yang akan beroleh azab yang menghinakan."
(Surah Luqman: 6)


Apa kata,

2 jam yang dapat dihabiskan dengan menonton 1 episod filem korea dalam gadget anda, diganti dengan 1 juzuk tilawah al-Quran.

Apa kata,
1 jam yang dapat anda habiskan dengan game tembak menembak dalam gadget anda, diganti 1 jam membaca tazkirah online di gadget anda.

Aku tau, itu bukan mudah untuk anda, tapi boleh dididik sikit-sikit. InsyaAllah, aku juga terpanggil untuk melakukan demikian...


Aku hanya insan yang masih lagi 'top-up' ilmu pengetahuan. Andainya ada hujah lagi, aku sangat mengalu-alukan kesudian korang berkongsi denganku.

Bukan pujian yang kuharapkan, bukan penghinaan yang aku dambakan.

Cuma sebaris kata yang dapat menginsafkan diri ini dan juga teguran dalam kekurangan diri ini.

Wallahu'alam.
 

Tiada ulasan: