Kau sahabat.

Bismillahirrohmannirrohim.

Apa khabar? Sihat? Syukurlah kalau sihat. Kalau tidak, pi makan ubat dan berikan keyakinan 100% kepada Allah agar dapat menyembuhkan penyakit kalian. Allah merindukan rintihan kalian.

Aduhai. memang sangat merindui untuk mengetuk papan keyboard ini. Bila aku recheck shoutbox, banyak betul iklan business menyemak-nyemak. Rasanya, kunjungan blogku bukannya untuk mengamati entriku. Hal itu, Wallahu'alam. Lama juga aku menyepi. Mungkin sebab busy di kampus. Mungkin juga sebab busy dengan program tarbiyah. Mungkin juga busy kerana menjadi hamba. Ya, aku hamba.


Salam Ramadhan buat muslimin dan muslimat. Kali ini, ramadhan bersama keluarga lagi. bersahur bersama keluarga lagi, bertarawih bersama keluarga lagi. Di hari pertama ramadhan, seluruh ahli keluarga aku ada. Termasuklah adik keduaku yang baru sahaja belajar di Teluk Kemang turut pulang untuk menyambut Ramadhan. Aku pasti, ibu dan ayah tersenyum simpul kerana anak-anaknya semua ada di rumah on first Ramadhan. Moga-moga Allah berkati ibadah kami di bulan puasa.
Bahwa Rasulullah SAW bersabda : Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu.
                                                                             (Hadis Riwayat Muslim)
Hmm, kali ni entry aku ingin sekali berkisah tentang persahabatan. Boleh kah? Kisah bulan Ramadhan, InsyaAllah aku akan cuba update jika punya banyak isi dan ruang waktu. Moga Allah bantu.

Aku memang suka bersahabat. Aku bersahabat dengan semua orang. Dan aku juga memilih dalam persahabatan. Confuse? I'm fuse? (oh, my English!)

Maksud aku, aku bersahabat dengan semua, tetapi dalam persahabatan, aku benar-benar memilih yang benar-benar sahabat. Sebelum aku ditarbiyah, bagi aku persahabatan itu adalah atas dasar dia "sekepala denganku", persahabatan itu adalah kerana "favorite dia, favorite aku juga", "salah dia, salah aku juga", "dia famous, aku famous", "dia pandai, aku pandai", "dia gembira aku gembira". That's it I meant in friendship before this.

Sedarkah kita, sebenarnya itu hanyalah sebahagian penting dalam persahabatan. Hakikatnya, ada perkara yang lebih penting dalam persahabatan yakni lebih dominan dengan perkataan "UKHUWAH".

Seringkali, kita mengungkapkan salam ukhwah pada sahabat. Tapi, tahukah kalian, apa itu Ukhuwah?

Menurut Al-Imam Al-Syahid Hassan Al-banna, ukhuwah ialah hati-hati dan roh-roh yang dihubungkan dengan ikatan akidah.

Apa pula akidah? Akidah dari segi bahasa adalah simpulan iman atau pegangan. Akidah Islam bererti kepercayaan sebenar-benarnya dalam diri atau jiwa kita kepada Allah SWT.

Fahamkah anda dengan ukhuwah?

Ok, ini adalah menurut kefahamanku.

Persahabatan yang sebenar-benarnya, apabila "bila aku bersama atau memandang dia, dia mengingatkanku  kematian" Mengapa aku berkata begitu? kerana bila kita ingat mati, secara automatik, kita ingat pada Robb kita, Allah SWT. Sahabat yang baik apabila dia mengingatkan kita tentang Allah. Sahabat yang baik akan menasihati kita bila kita berputus harap, sahabat yang baik bila dia menegur kesilapan kita, sahabat yang baik, dia tidak akan memuji dan sanjungi kita dengan tinggi. Itulah sahabat kita. Dan, seseorang itu tidak sempurna imannya, jika tidak mencintai sahabatnya melebihi dirinya sendiri.

Dari Abu Hamzah Anas Bin Malik r.a, pembantu Rasulullah SAW, dari Nabi SAW, beliau bersabda, "Tidak beriman salah seorang di antara kalian (dengan iman yang sempurna) sebelum dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri."                      (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dalam persahabatan tu, bila kita lihat dia sedang sakit, kita pun terasa sakit. Bila kita lihat dia sedih, kita beri dia kekuatan. Bila kita lihat dia melakukan kemungkaran, kita mengingatkan dia. Itulah persahabatan. Bukan pujian terlalu tinggi atau celaan melampau kita beri buat sahabat.

Malah, dalam memperjuangkan agama Islam, ukhuwah sangat penting. Jika bersengketa, kembalilah berdamai.

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. 
(Surah Al-Hujurat:10) 
Jika dia tidak dapat jadi sahabat kita, kita jadi sahabat dia ok!

Ingin sekali aku titipkan beberapa baris puisi buat sahabat-sahabatku serta naqibah-naqibahku,

Kau sahabat,
Allah utuskanmu untukku,
Kau untukku agar berubah
Berubah dengan redha Allah,
Moga aku istiqomah.

Kau sahabat,
Utusan Allah untukku,
Dulu aku gah berpakaian ketat,
Alhamdulillah kini tertutup erat,
Moga aku berpendirian tetap.

Kau sahabat,
diutuskan mengingatkanku,
Dulu jarang aku membuka al-Quran,
Kini al-Quran, buku utama dalam hidupku,

Syukron Ya Robb,
Kau utus mereka untukku,
Diri telah pun ditarbiyah,
Dan masih perlu terus ditarbiyah,
Ya Allah,
Beri kekuatan untukku berdakwah,
Aku telah berjanji pada-Mu,
Aku mungkir,
Aku berdosa.


#Lama juga aku tak mengarang puisi. Salam Ramadhan, dan salam berpesta ibadah ^^.

Tiada ulasan: