Satu Hati (Bah. 2)



Dingin pagi ini. Nyamannya, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Ya, sukar untuk diungkapkan!

“Aii, Nurin. Apa yang kau khayalkan tu?” Arisya mencuit bahunya.

 Nurin tersenyum.

“Tiada apa-apa. Tak sangka, kita akan tamat pengajian di matrik. Alhamdulillah, kita masih lagi berkawan sampai sekarang kan?” Nurin pula berkata-kata dan tangannya memegang tangan Arisya.

“Ya, Nurin. Moga Allah temukan kita lagi di universiti nanti.”
Nurin senyum lagi. Hati sebak.

“Kau ingat lagi denda Puan Choo?”

“Mestilah ingat.”

“Aku rasa bersalah sangat. Maafkan aku ya?”

“Sudahlah. Itu cerita lama.”

Arisya ketawa kecil.

“Kau ingat Devi?”

“Mestilah ingat.”

Arisya ketawa lagi.

“Kau ni, dah kenapa ketawa?” Nurin hairan.

“Tak, semuanya kau ingat.”

“La… ? salah ke?” Nurin mengerutkan bulu keningnya yang tebal.

“Tak salah. Cuma tukarlah dialog tu. Biar bernafsu sikit aku nak berbual dengan kau.”

“Oklaa, of course I remember.” Nurin berdialog English.

Arisya ketawa sekali lagi.  Nurin mengecilkan matanya, kemudian jemarinya mencuit pinggangnya.

“Ouch! Sakitlah!”

“Tak habis-habis ketawakan orang.”

“Aku baru berbual dengan dia semalam melalui email.”

“Oh ye ke? Macam manakan dia kat negara India tu?”

“Dia kata, tak selesa pada mulanya. Tapi sekarang dia dah selesa. Kau tau, dia kena buat assignment pasal tudung. Dia tanya aku, aku tak tau nak explain kat dia. Dia pesan kat aku supaya tanya kat kau.”

Nurin terdiam seketika. Teringat dialog dia dengan Devi suatu ketika dahulu. Ya, sejarah berulang kembali. Mungkin ada hikmahnya, Allah menemukan Nurin dengan sahabat usrah. Kalau dia tidak bersama-sama dengan mereka, pasti lidahnya kelu untuk menjawab pertanyaan Devi Catherina. Devi Catherina gadis India yang gemar sekali menuntut ilmu. Fikirannya sentiasa dipenuhi dengan pertanyaan. 

“Hello, mak Jemah. Dengar tak?” jemari Arisya dipetiknya beberapa kali.

“Aku dengarlah, mak Temah.” Nurin sindir kembali.

“Aku dah bagi email kau kat dia. So, kau recheck la eh dalam inbox.”

“InsyaAllah.”

“Kau tahu nak explain?”

“InsyaAllah. Moga Allah bantu.”

“Nurin?”

“Ya?”

“Boleh aku peluk kau?”

“Tak boleh.”

Arisya diam, kemudian memuncungkan bibirnya. 

Nurin senyum, kemudian memeluk Arisya.

“Aku sayang kau!” bisik Nurin di telinga Arisya.

“Aku pun!” air mata Arisya mengalir tanpa dia sedari.
…………………………………………………………………………………………………..




“Arisya, mama harap kamu dapat terima pilihan mama and papa.”

“Maksud mama?”

“We’re separated.” Ayah Arisya menjawab pertanyaan itu.

“Abang! Tak reti nak sabar ke? Biarlah I explain baik-baik.”

“Lambatlah. I’ve a lot of works to do. Tau?”

“Habis, macam you je ada kerja? I ni?”

Arisya diam.  Inikah berita yang perlu diterima setelah tamat menjawab SPM? Rakan-rakan lain pasti sedang meraikan kegembiraan dengan keluarganya. Tapi dia, meraikan kedukaan. Dunia seolah-olah tidak adil! Ibu bapanya tetap bertengkar.

“Enough pa, ma!”

Hati Arisya seolah-olah ditikam sembilu. Pedih sekali! Kemudian dia lari ke tingkat atas. Malam itu, dia menangis semahu-mahunya. Saat genting itulah, Nurin Nurisha bersamanya. Ya, sebab itu dia sayang sekali pada Nurin.
………………………………………………………………………
(bersambung… InsyaAllah)

Tiada ulasan: