Nurin begitu tekun mengemas barang. Esok hari terakhir peperiksaan di matrik.
Pakaiannya semua dilipat dengan kemas kemudian disusun dengan rapi ke dalam
bagasi.
‘Aduhai, masa membawa barang ke sini tak banyak. Bila nak
mengemas. Aduhai! Memanglah banyak!’ Nurin mengeluh kecil.
“Nurin, awak nampak mengeluh je ni?”
Rakan sebilik Nurin menyapa. Al-maklumlah, riak wajahnya
yang agak malas itu jelas kelihatan.
“Biasalah Ros. Tapi, tak sabar nak balik. Nurin rindu dengan
ibu ayah. Kali ni betul-betul rasa excited tu.”
“Bukan awak je. Saya pun.”
“Tulaa. Bila kita jumpa lagikan? Mesti saya rindu awak. Awak
banyak sangat ubah saya.”
“Bukan saya, tapi Allah.”
Nurin diam seketika. Terkenang pada pertemuan kali pertama
di antara dirinya dan juga Roslida rakan sebiliknya.
…………………………………………………………
“Assalammualaikum.”
Nurin tersenyum kecil. Kemudian memandang ke belakang
sedikit.
“Waalaikummusalam.”
Roslida menghulurkan salam dahulu. Nurin menyambutnya.
Ketika itu, mereka sedang beratur untuk mendaftar nama.
“Kita satu bilik.”
“Eh mana awak tahu?”
“Tu, kat slip tu, nombor bilik kita sama.”
“Oh ye ke… Hmmm, salam perkenalan. Saya Nurin Nurisha. Awak?”
“Roslida. Panggil sahaja Ros.”
“Em, awak bole panggil saya Nurin.”
Itulah pertemuan kali pertama. Nurin tidak menyangka, pertemuannya
dengan Roslida banyak mengubah dirinya.
Khasnya, peribadinya yang kini berbeza daripada dulu. Bukan itu sahaja,
malah daripada aspek penampilan.
………………………………………………………………………….
Pukul 4 pagi, Nurin terdengar, tombol pintu biliknya
dipulas. Dia terkejut dari tidur.
“Siapa tu?”
“Saya la, Nurin”
“Oh, Ros! Awak nak ke toilet ya? Nak saya teman?”
“Boleh juga. Alang-alang awak dah bangun, jom kita tahajud
sama-sama?”
Nurin terkesima seketika.
“Nurin. Tadi kata nak teman saya?”
“Ok.”
Malam itu merupakan kali pertama Nurin melaksanakan solat
tahajud. Jarang sekali dirinya
melaksanakan ibadah di sepertiga malam. Malah, solat lima waktu juga
dilambat-lambatkan. Pertemuannya dengan Roslida benar-benar mengubah dirinya. Semanjak dari itu, Nurin mula berjinak-jinak melaksanakan
ibadah sunat seperti puasa sunat, baca al-mathurat, solat dhuha dan membaca
al-Quran. Begitu juga dengan pakaiannya.
Kalau dulu Nurin berselendang, kini Alhamdulillah dia memakai tudung bawal yang
menutupi dadanya dan berpakaian longgar serta berstokin. Roslida juga ada
mengajaknya menyertai usrah yang dibawa olehnya sendiri. Subhanallah, banyak
sekali perkara baru yang Nurin peroleh semenjak menyertai usrah Roslida.
………………………………………………………………
“Ouch!” Nurin mengosok-gosok pipi kanannya yang baru sahaja
dicubit oleh Roslida.
“Asif. Hehe. Nampak merah pipi awak. Awak sedih ye?”
“Mestilah sedih,” Nurin menundukkan wajahnya.
“Nurin, biarpun jarak memisahkan, tapi kalau ukhuwah kita
kerana Allah pasti berpanjangan.”
“Ros, kata-kata awak sentiasa menyentuh hati ni.”
Roslida tersenyum kecil.
“Nurin, nanti bila awak dah ke universiti, carilah mana-mana
usrah ye. Teruskan diri awak dalam medan tarbiyah. Dan awak libatkan diri dengan
hal-hal yang boleh membantu agama Allah ye.”
Nurin tersenyum dan menganggukkan kepalanya beberapa kali. Air
mata Nurin sudah bertakung di kelopak mata. Tunggu masa untuk jatuh sahaja!
Roslida mengusap pipi Nurin yang dia cubit sebentar tadi.
“Ros, ana sayang antunna.”
“Ana juga sayang antunna kerana Allah!”
Itulah kata ganti kami apabila berada dalam usrah. Selalunya, rakan usrah kami ada 5 orang.
Termasuk Dania Arisya. Dania Arisya juga telah banyak berubah setelah menyertai
usrah. Sekarang dia memilih untuk
memakai tudung seperti Nurin Nurisha. Nurin Nurisha pula ada hati untuk bertudung
labuh seperti Roslida. Dia mahu tunggu waktu yang sesuai untuk berubah ke arah itu. Ya, moga Allah bantu dia!
bersambung.... InsyaAllah.
Previous and next? Tekan link ini ye! Satu hati (pendahuluan)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan