Razman dan Danish Hakim berjalan dengan gaya ‘macho’nya ke
pintu masuk Sunway Pyramid. Tempat ini memang terkenal sebagai tempat hiburan
dan pusat membeli-belah. Patung-patung
yang mungkin diperbuat daripada batu marmar berada di setiap penjuru dalam dan
luar bangunan. Tempat ini sering
dikunjungi oleh para remaja. Pakaian mereka kadang-kadang agak menjengkelkan.
Rambut yang hitam, diwarna-warnikan ala-ala pelangi. Kalau ditegur
penampilannya, jawapannya “ ini fesyen.” Tentang ikhtilat? Memang tak dijaga,
langsung lupakan Tuhan. Bertepuk-tampar lelaki dan perempuan, berlaga-laga pipi
lelaki dan perempuan memang adat mereka di kawasan elit ini.
Danish Hakim melangkah masuk ke dalam kedai yang dipenuhi
dengan ‘teddy bear’.
“ Kau ni kenapa masuk dalam ni? Setahu aku, adik-adik kau
semua lelaki. Takkan dorang nak main teddy bear. Paling teruk dorang suke pon,
patung Naruto,” Razman bertanya dan sikunya diletakkan ke atas bahu Danish.
“Man, kau kalau cakap fikir dulu boleh?” Danish sibuk
membelek-belek teddy bear, sedang memilih!
“La, aku fikir dulu la tadi.”
“Aku nak belikan untuk Wani. Esokkan Valentine Day.”
“Danish, Danish. Kau dari dulu sampai sekarang mat Romeo.
Bukan tahun lepas kau dengan Hilda? Bila kau start dengan Wani pula ni?” Razman
memberi persoalan. Danish masih lagi sibuk memilih.
“Ini memang hobi aku, main-mainkan perempuan. Dorang yang
aku couple pun, sebelum couple dengan aku dah berkali-kali clash. Dorang pun
main-main. So, aku pun join the games. Couple-clash, couple clash. Banyak
pengalaman. Bukan macam kau, nak cakap dengan perempuan pun payah. Bertembung
dengan perempuan pun asyik pandang bawah,”
“Astarghfirullah! Kau tau kan, Valentine tu haram disambut?
Ustaz Aiman dah beritahu sebabnya kan?”
“Dah, tak payah kau nak mulakan ceramah agama! Rimas aku!
Kau pun bukan tahu apa, baru masuk Islam, syok ulamak pula.”
Razman hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau dia terus
berhujah ada juga buku lima Danish jadi penangannya. Razman merupakan sahabat
baik Danish Hakim semenjak sekolah menengah lagi. Razman kini menganut Islam, dia
dahulu beragama kristian. Nama kristiannya ialah Ronald. Razman memilih Islam kerana mengikuti ibu
bapanya. Ibu bapanya pengkaji kitab agama. Alhamdulillah, inilah hidayah yang
Allah beri kepada keluarganya.
……………………………………………………………………………………..
Razman sudah masak dengan sikap Danish Hakim. Sejak dari
bangku sekolah, dia sering jadi posmen bagi hubungan rakannya itu dengan
perempuan. Rasanya, hampir 15 orang
perempuan, Danish Hakim cuba dan menangkan hati perempuan. Dalam 15 orang
perempuan, cuma Nurin Nurisha tidak pernah membalas warkah cinta tersebut.
Al-maklumlah, Danish Hakim memang hebat di sekolah dahulu. Kacak, bijak, atlit
sekolah dan bersongkok pula! Mana mungkin tidak digilai gadis-gadis Melayu.
Kadang-kala, gadis cina dan India pun meminati Danish. Ada juga rasa cemburu di
hati Razman yang tidak berapa digilai oleh gadis-gadis. Walaupun begitu,perasaan
itu telah berlalu pergi. Lagi-lagi setelah dia berada dalam nafas Islam. Jika
ingin berhubungan, biarlah diredhai Allah. Ada banyak lagi cara hendak berhibur
selain daripada ber’couple’. Terdetik di hati Razman, Nurin Nurisha perilakunya
berbeza sekali. ‘Di mana dia sekarang?’ Aduh, sudah jauh Razman!
“Man, dah lah jom! Kau nak beli kasutkan?”
“Ya, kedai Adidas jom!” lamunan Razman hilang sekelip mata.
................................................................................................
(bersambung.... InsyaAllah)
(bersambung.... InsyaAllah)
Previous atau next? klik ni. Satu hati (pendahuluan)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan