credit: google search engine.
Bismillahirrohmannirohim. Apa khabar kawan-kawan? Sihat? Alhamdulillah! Tak sihat? Pi ikhtiar supaye sihat ok? Allah miss u!
Aduh, lama juga aku tak meng'update' ni ye? ada juga reason nya,
1. busy.
2. tak tahu urus masa
3. no point to talk about.
InsyaAllah, dengan kudrat yang masih Allah tusukkan pada badan ini, ingin juga aku bertinta. Jari-jemari ni suka sekali berlegar di atas keyboard yang dipenuhi dengan alphabet dan nombor-nombor ni!
Alhamdulillah, tamat sudah bulan Syawal. Bagaimana ye, puasa 6? hihi! Tahniah, pada mereka yang berjaya menghabiskan puasa 6 anda. To those yang ada hutang puasa, ganti secepat mungkin ye! Hutang jangan disimpan lame, nanti jadi pekasam. Masam!
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”(Riwayat Muslim)
Oh ya, selamat kembali ke kampus atau tempat pengajian masing-masing. Ye, kita ada perjuangankan? Laksanakannya kerana ia satu tanggungjawab and especially do for the sake of Allah ^^.
Asif, aku kalau nak mengisahkan tajuk, muqadimahnya mesti nak panjang je kan?
PRIORITY: What does it mean?
pi google translate sekarang! hoh? dorang gebang? try bing translate laa... pon gebang? hmm, kalau tak nak gebang bukak laa kamus dwibahasa oxford korang tu...
InsyaAllah, post kali ini pesanan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan.
Prioriti.
Prioriti. Jap lagi aku ulaskan.
Mungkin melampau kalau aku nak kata, melayu macam lalang. Tapi itulah kenyataannya. Begitu juga aku, macam lalang. Dua sebab aku kata orang melayu ni macam lalang;
1. mudah ikut orang.
2. tak tetap pendirian.
credit: google search engine
Buktinya?
orang tu suka biru, kita suka biru. orang tu suka gangnam, kita suka gangnam. orang tu tak kawan dia, kita pun tak kawan dia. Suka sangat kita mengikut orangkan? Tapi yang dahsyatnya orang kita, bila suruh terjun bangunan, pandai pula tak nak ikut terjun. Selalunya, dialog komersial ni antaranya,
"Kalau aku tak ikut depa, apa depa kata nanti?"
"Ini arus zaman, kena la ikut."
Kan? Prioriti kita mesti pada manusia. Mana prioriti kita pada Allah SWT? Perkembangan zaman dibuntuti oleh kita sehingga tergadai apa yang lebih utama. Sedih.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (Surah At-taubah: 38)
Kita lebih tegar untuk menyenangkan hati manusia daripada Allah. Sekejap, aku bukan nak marah korang sebab menyebut-nyebut hal gangnam tu atau nak salahkan korang ke hapee, tapi cuba korang buka minda korang kepada hal yang lebih penting, iaitu yang lebih prioriti.
Pernah korang ambil tahu perkembangan tentang saudara kita di Rohingya, Palestin dan Syria?
Pernah korang ambil tahu tentang musuh kita yang menghina Rasulullah?
Paling dekat pun,
Pernah korang ambil tahu, sejauh mana tanggungjawab korang yang dapat gahkan agama dan bangsa kita?
Pernah ke?
Artis ni scandal dengan artis tu..
Parody duckface.. itu ini
Gangnam style senaman pagi.
Kitorang ambil tahu ok?
Hakikatnya, kita suka memilih perkara yang hanya minoriti dijadikan prioriti untuk dikongsi dengan masyarakat.
Apa kata, kita sama-sama share pada masyarakat pada hal yang patut diberi prioriti. Aku nak ambil contoh dari vlogger Anwar Hadi, yang menyaran kita semua mengikut usaha Kony 2012 , agar mengambil tahu hal yang lebih penting daripada perkara yang tak berapa nak penting.
Jom kita sama-sama ubah.
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Surah Ar-Rad:11)
Kawan-kawan, apa yang kita lakukan, baik atau tak baik sentiasa akan dinilai di sisi Allah. Dalam surah ni sendiri mengata, kita ni ada pencatit amalan kita. Tahukan, apa yang kita amalkan di dunia ni, akan dihisab di akhirat sana. Semua pekerjaan kita, perbuatan kita di dunia ni, semuanya teletak pada diri kita sendiri. Kalau bukan kita sendiri, siapa lagi yang boleh ubah?
Mari, kita kisahkan hal yang lebih priority. Seperti usaha-usaha saudara kita ni, sila la lawat ya ^^.
Bila kita telahpun ambil tahu, laksanakan tindakan yang sewajarnya. Tindakan tu jangan berlandaskan emosi, tapi biarlah berdasarkan profesionalism kita. Biarlah, profesional kita itu tidak menimbulkan fitnah kepada agama kita Islam dan bangsa kita, Melayu.
Ok, hingga di sini sahaja tintaku. Moga Allah redha. Apa yang terkurang sila tambah. Ilmuku masih belum penuh di dada dan masih cuba untuk menambah ilmu. InsyaAllah!
Ok, hingga di sini sahaja tintaku. Moga Allah redha. Apa yang terkurang sila tambah. Ilmuku masih belum penuh di dada dan masih cuba untuk menambah ilmu. InsyaAllah!
Kawan-kawan, sayang korang kerana korang sayang Allah. Bencilah aku jika aku lupa Allah..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan