Assalammualaikum wbt.
Ya Allah, masih lagi kau beri tenaga dan kudrat untuk mengagahkan jari-jemari ini untuk berblogging. (sorry for broken English and Malay). Apa khabar pada warga-warga yang rajin menjengah blog aku ni? Terima-kasih menjejaki blog ini.
Lama betul menyepi. Sebab?
Dia lebih tahu...
Ok fullstop.
Sebelum aku mengulas lebih lanjut dengan tajuk di atas, ingin sekali untuk aku remind myself and anda-anda semua, jangan lupa akan saudara-saudara kita di Palestin yang telah lama ditindas oleh Israel laknatullah. Boleh nampak situasi di negara mereka sangat tertekan dan terbelenggu,sangat berbeza dengan situasi di negara kita. Kita disaji dengan kemewahan, kesenangan dan kegembiraan.
Cuba kita muhasabah balik. Nikmat yang kita terima di bumi Malaysia ni sebenarnya satu ujian. Adakah kita memanfaatkan nikmat tersebut dengan baik dan diredhai Allah? Jom kita recheck balik.
So, sahabat-sahabat, senjata yang termampu kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin ialah Doa. Please do boycott any Israel goods, especially McD fastfoods. Ok, aku tau ni payah, tapi biarlah bila kita boycott tu kita terkenang dengan saudara kita yang ditembak dengan senjata moden oleh zionis without human sense! Pada yang still nak backup zionis Israel ni, ok terserahlah kat korang tapi please! jangan menghalang pada masyarakat yang menyebarkan kekejaman zionis. Sebab mereka tahu, rakyat Palestin akan menuntut hak di akhirat kelak, apa tanggungjawab mereka dalam membantu orang Islam di Palestin?
Aku bukan marah, tapi ingin memuhasahkan diri sendiri dan pada korang yang sudi melawati blog aku ni.
==========================
Ok, tamat muqadimah. Sekarang baru masuk tajuk.
"BERLITUP KERANA APA?"
Moga Allah redha.
Alhamdulillah, sekarang ni kita digembar-gemburkan ramai artis-artis wanita telah memilih untuk bertudung. Bagi aku, itu sesuatu perkembangan yang sangat baik. Lagi-lagi pula, artis ni antara ikon yang menjadi ikutan masyarakat kita. Betul dak?
.....(jawapan sepi)
Betul laa tu.. Semester ni, di kampus aku banyak sekali program kerohanian yang menjemput artis-artis yang telah berhijrah ini untuk sampaikan talk tentang pilihan mereka. Dan! sambutan dari student UiTM sangat menggalakkan.
Aku ada dengar ura-ura sebegini digembar-gemburkan:
1. para artis yang berhijrah ni sebenarnya nak dapatkan perhatian.
2. para artis ni pakai tudung tak ikut syarak.
3. alaa, dorang sekejap je ni.
Tau tak, ura-ura ni sebenarnya telah meng'spoil' penghijrahan mereka sebenarnya?
Bagi aku, baguslah kalau para artis yang memilih untuk bertudung sebab nak dapatkan perhatian. Ok, mungkin persepsi korang perhatian yang dimaksudkan is 'publisiti', tapi kita perlu ubah that thought kepada mereka mahu perhatian daripada kita, supaya support diorang agar istiqamah untuk bertudung. Kan bagus begini?
Ok, ura-ura kedua tu, ya, tudung mereka belum mengikut syariat islam:
Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya..... (surah an-nur 24:31)
Nanti rajinkan diri baca terjemahan surah di atas ni sampai habis ye....
Baiklah, memang mereka belum mengikut syariat berpakaian, so itu adalah tanggungjawab kita untuk memberi nasihat dan berdoa agar mereka selepas ini berpakaian dengan lebih sempurna dan mengikut syariat.
Sungguh, mereka masih berjinak-jinak lagi. Begitu juga aku pada suatu ketika dahulu (ecehhh),sangat mengambil masa untuk berpakaian mengikut syariat Islam. Ya laa, aku risau dengan persepsi famili aku and my fellas! Dan paling utama, tanggungjawab aku selepas berpakaian mengikut syariat!
Tapi! Alhamdulillah aku tetap memilihnya, moga aku istiqomah. Dan setiap kali aku ada rasa timbul was-was untuk berpakaian tutup aurat, aku akan muhasabah diri,
'ini perintah Allah. Kalau aku tak jaga aurat, sah-sah da ada dosa tak tutup aurat. Belum tambah lagi dosa lain macam mengumpat and gossip. uishhh double berdosa!' (Nau'zubillah!)
Seriously, pilihan ini is always right! Dan aku sangat tenang dengan pilihan ini. Moga pilihan ini dapat;
1. mendidik diri untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.
2. dapat mengurangkan segala perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah pada diri sendiri.
-maksudnya, daripada melakukan perkara yang tak baik.
3. menjaga maruah.
4. dijadi teladan kepada adik-beradik dan orang sekeliling.
Ini bukan slot untuk memuji diri dan membuka pekung di dada, tapi aku hanya ingin berkongsi tentang pengalaman selepas aku memilih untuk berpakaian litup.
Berpakaian mengikut syariat Islam memang nampak menyukarkan bagi seseorang wanita, tapi sebenarnya itulah our protector dari dipersendakan oleh anasir-anasir yang mungkin mengambil kesempatan terhadap kecantikan kita. So, lindungilah kecantikan kita ok!
InsyaAllah hingga di sini sahaja pengisianku untuk kali ni. Jika terkurang sila tambah, jika tersalah sila perbetulkan, jika terasa mohon maaf banyak-banyak!
Semester 3 akan berakhir tak lama lagi, moga Allah bantu. Salammm...
p/s: segala ilustrasi diturun muat , credit to FB Lukisan Dakwah Islam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan