....ANGKA GANJIL.....

credit to: google image search engine.


Assalammualaikum wbt.

SubhanAllah. SubhanAllah. SubhanAllah. Segala puji bagi Allah. Masih lagi Allah memberi nikmat jari jemari ini untuk berlegar-legar di atas papan keyboard notebook ku ini untuk bertinta, setelah sekian lama meninggalkan arena blogging ni. Malah, masih lagi Allah memberi peluang hidup  untukku baiki kali ke-21 tahun. Ya Allah, kau terlalu baik. Teramat baik buatku.

Setiap kali tiba tarikh hari jadiku, sudah pasti wishes dari famili dan sahabat-sahabat yang paling aku nanti-nantikan. Sama ada melalui laman FB, mesej, shoutbox blog atau twitter. Ye, hati berbunga-bunga bila ramai orang meng'wish' ni. Ye, manusia memang suka kan perhatian, seolah-olah ada yang masih mengasihi? kan?





Sangat simple untuk aku lihat peringkat kehidupanku yang dahulu dengan sekarang...
Segala macam keputusan dahulu, ibu ayahku tolong putuskan. Sekarang ni, ibu ayah beri segala kepercayaan untuk aku membuat keputusan kerana mereka pasti aku mampu untuk memilih mana yang terbaik dengan matang. Cuma, aku sahaja perlu ikhlas dalam membuat keputusan sama ada keputusan itu akan mengundang musibah pada diri sendiri, ibu ayah, agama, bangsa dan negara atau tidak? SubhanAllah, inilah nikmat yang Allah beri padaku bila meningkat dewasa.

Ayah ada tanye, "ALONG NAK PANGKAH MANA NANTI?"
Aku senyum, "Eh, mane bole beritau, ni rahsia...."

Ayah aku pun tersenyum dengan anggukan kepalanya. Dia tau, aku mampu membuat keputusan terbaik.

Ibuku pula ada tanye, ok pertanyaan ni termasuk dengan adikku yang last sekali. Ish3, gedik betol soalan ini. hehe!

"ALONG DAH ADA CALON KE?"

Jawapanku, "Nanti adalah yang datang... Ibu tak yah risau ok?"

Ibuku pun tersenyum hingga nampak gigi. 

ITUKAH SOALAN PENTING BILA MENINGKAT KE UMUR-21?

Aku pun tak tahulah. Cumanya, bila usiaku telah menjangkau ke-21 tahun, inilah soalan yang tertimbul dalam benakku.

"Apa yang aku buat selama 21 tahun ni?"

Para pembaca yang sudi meninjau blogku ini dan juga buat diriku sendiri,
Adakah sahabat kalian atau adakah kalian pernah mendengar berita, ada antara kita yang berumur 21 tahun atau lebih muda telah kembali ke rahmatullah? Pasti ada bukan?

"MATI ITU ADA PADA USIA MUDA REMAJA"

Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu, lalu ia berkata,”Ya Rabbku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)-ku sebentar saja, sehingga aku dapat bersedekah dan aku menjadi orang-orang shalih”. Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan [QS. Al-Munafiquun : 10-11].

 OK, sehingga di sini sahaja untukku bertinta di blog ini. Buat famili dan sahabat-sahabat yang meng'wish'. 

- Happy Birthday
- HB
- Happy Bornday
- Selamat Hari Jadi
- Sanah Helwah
- DLL,

Aku ucapkan syukran jazilan, terima kasih, thank you! Sesungguhnya wish anda memang membungakan hatiku pada hari ini. Nasihat yang diberi, insyaAllah, akanku baiki. Kata-kata semangat yang diberi dalam perjuangan dari kalian buatku, moga Allah thabatkan hati ini dan terus istiqamah. Doakan untukku. Dan sama-sama kita doa pada DIA, agar usia kita yang sentiasa meningkat ni seiring dengan amal ibadah kita. Wallahu'alam... 


-maafkan segala masalah bahasa Melayu dan bahasa Inggerisku yang mungkin dicampur-adukkan. Moga-moga yang membaca dapat memahami segala penyampaianku, InsyaAllah :) 

#pesanan untukku dikala usia meningkat,



banyakkan membaca dan memahami ilmu itu. Buku yang dibeli, jangan biarkan berdebu.

Tiada ulasan: