Jangan Tinggal Solat aaa...

Status pilihan di FBku,1/2/2015 dan di edit tanpa shortform. Agar penyampaiannya nampak lebih matang. Bismillah.

Family gathering semalam..
After kenduri kahwin sahabatku, aku dan famili bergegas ke KL. Katanya, nak beli barang untukku..
Rupanya nak belikan sepasang kasut dan seutas jam untukku.
Well yeah, kasut jenama 'crocodile' yang satu-satunya kasut yang aku ada, gi kuliah, program luar, keluar outing all in one guna kasut tu dan memang dah usang. Jam tangan aku, memang cap RM10. Ayah aku kate tu jam Kampuchea. Nak praktikal pakaian dan penampilan biar elok. Ayah, sangat pentingkan penampilan diri. Aku rasa terharu. Ayah selalu inginkan yang terbaik untuk anak-anak.
Terima Kasih ayah. Aku dah mengucapkannya secara face to face. But still aku nak ucapkan penghargaan official kat FB. Aku pun tak tau kenapa?
Tapi bukan kisah ini yang aku nak fokuskan. Tapi perbualan ketika kami berjalan mencari telekung adikku...
Dalam banyak-banyak kedai entah mengapa kami terhenti di satu kedai. Kedai yang satu blok tapi banyak lot. Bukan bazar ye!!! Satu owner, lot tapak dia memang ciput bak hangggg!

"Ye adik, mau cari tudung Akel? Mari-mari masuk tengok!"

Aku senyum sahaja. Ibuku accompany adikku yang terus terjah telekung kat situ.

"Ini anak saya nak cari telekung."

"Oh ini telekung banyak lembut. Dari Dubei (the exact one is Dubai!). Ni tutup aurat.."

Aku terkedu. Dia ni bukan bangla gatal yang selalu aku jumpa sebelum ni. Bangla bila jumpa perempuan jek, 

"Adik manis.... Adik manis..." Yak! geli kot!

Gayanya, ayah aku pun terkejut.

"You orang mana ya?" Ayah bertanya.

"Pakistan"

"Ooo".

Holly crap aku dengan ibu sebut 'Ooo' sesamaaa..

"Camna Nina suka tak telekung ni?"

Adikku cuit tangan aku..

" Along ok tak telekung color hitam? Apa pendapat along?"

"Apa masalahnya? Solat tu yang penting tutup aurat. Ok la ni.."

"Ye adik tak nampak kalau you nak sembahyang nak solat. tengok you pakai elok tak jarang. Yang penting jangan tinggal solat ye adik.." Paskitani tu sokong aku

"Betul tu.. Betul...." heh! aku sokong balik! Fair and just!

"Ok bolela ambik yang ni.."

"Berapa bhai?"

"Tadi dah kurang 55 je abang. Saya mau pindah la bang.."

"Asal pulak nak pindah? Aku baru nak selalu beli kat kedai kau.." Eh ayah aku guna ayat persuade! haha!

"Aiyoo abang. sewa banyak mahal!"

"Ye ka? berapa kena?"

"4000 abang.."
Aku, ibu, adikku. membutang mata...

"Aiyoo mahalnyaa.." Ayahku berseloroh.

Now I realize, kos hidup sangat tinggi dok KL. Nak berniaga pun cekik darah! Allah! mujur nafas ni tak berbayar dan masih mampu hidup walaupun sekeliling ni tinggi harganya.. Kalau bernafas pun kena bayar. Mungkin peratus maut sebab bayar helaan nafas lebih tinggi daripada mati kerana penyakit atau accident!
"Kau bagi 50 ja bolelaa.."
Ayah aku hulur duit padanya.

"Lagi 5 halal la.." Ayah terus menawar.

"Ok bolelaa. halal. kita saudara semuslim. Yang penting jangan tinggal solat. Nanti saya bagi kad abang datang kedai saya. Ada tempat lain... Saya jual aaa abang.."

"Yalaa kita saudara. terima kasih." Ayahku bersalaman dengan dia..
Aku, ibu n adikku, senyum.
SubhanAllah,momen seketika yang menyentuh jiwa.

Betapa, saudara seagama itu lebih berharga berbanding keuntungan berlebih2an..
Para peniaga Muslim bole ambil contoh dgn Bhai ni. Sangat cool layanan dia dgn customer.
Rezeki itu milik Allah. Dia beri mengikut kesesuaian kita..
Praktikal start esok. Bismillah.

Tiada ulasan: