Gambar ini sangat sangat sadis. Di ambil oleh dua orang adikku yang mak ehhh nakai.
Aku terpisah dengan famili sejauh 2 stesen. Time tu org berpusu-pusu berebut masuk ke dalam tren. Aku tak selesa untuk berebut. Adikku menarik tanganku untuk masuk ke dlm tren. Tapi aku tak mampu dan surrender. Melambai sedih. Dan yakin akan jumpa mereka di stesen akhir Sri Petaling.
inilah kelemahan aku, tak tau naik transport awam. Kalau drive kereta, tak familiar jalan, mudah sesat. Apapun, map dan signboard la paling jadi pedoman. Time tu kredit aku habis! Hoh, cuak! Bimbang sesat tak dapat contact adik. But i'm just cool.
Dalam aku menanti tren yang next, aku terlajak lagi.. salah naik tren. Time tu aku hanya ada 2 sen sahaja untuk mesej adikku.
"Along salah naik tren ni angah! cane?"
"Ya Allah, Along da lalu stesen mana?
aku balas
"Miharja. Ni last kredit along."
kemudian adikku call.
" Along turun mane-mane stesen. tukar tren ke arah sri petaling."
"Ok."Mataku melilau tengok map di ruang atas pintu tren.
Bisik di hati,
"Aduh, memang aku salah naik tren".
Aku turun tren. Dan menanti tren lain.
Keyakinan masih belum ada. Aku melihat ada seorang perempuan india duduk di ruang legar sambil menunggu . Aku bertanya "Sorry, you tengah tunggu tren ke Sri petaling ke?"
"Ya2. I tersalah naik tren."
"Oh i see. Samela"
Perempuan india itu tersenyum.
Saat itu...
Aku imbas kembali ketika aku berebut masuk ke dalam tren.. Ibu ayah n adik-adik lepas masuk ke dalam tren. Dan aku tidak!
Aku terbayangkan, bagaimana jika aku tidak sama dengan mereka berpimpin tangan menuju ke syurga?
Aku imbas kembali ketika aku terasa gementar apabila tersalah naik tren, maka aku akan jauh tersesat.. Dan tidak lihat dan study map dengan sesungguh-sungguhnya..
Bagaimana jika aku tidak menjadikan Al quran sebagai pedoman kehidupan..?
tiba2 tren ke arah sri petaling tiba. Aku naik.
Alhamdulillah arrive to the final destination! Heh... Dari jauh aku nampak ibu ayah n adik2 menanti aku... Aku berlari anak dengan perasaan lega..
Mereka menanti aku, dari jauh aku nampak dua orang adikku pegang sesuatu di tangan mereka dan bercahaya.
"Holly crap! Dia snap gambar aku..."
" Ape korg buat ni hah?"
"Gambor budak tersesat jalan.. Haha"
"Kuangsam! Padam2!'
"Tak nak!"
Ibu dan ayah senyum..
"Along2".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan